web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana Mak Yong Dalam Duan Nogho Bogho, Sangeetha Krishnasamy Akui Hampir ‘Give Up’ Dan Tarik Diri 

“Tapi, bila Abang Sabri Yunus masuk ke studio, saya kembali mendapat keyakinan diri. Hanya menerusi pandangan matanya itu saya jadi yakin semula dengan diri saya,” kata Sangeetha.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 7:00PM

Sangeeta Krishnasamy membawakan watak Salmi dalam Duan Nago Bogho. - Gambar ihsan Empire Film Solutions Sdn Bhd  

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membawakan watak sebagai wanita bernama Parvathi atau Salmi yang mahu ‘bermain’ dan mendalami warisan seni Mak Yong dalam filem Duan Nogo Bogho arahan Sabri Yunus, merupakan satu tugas yang sukar buat Sangeetha Krishnasamy.

Bahkan, dia mengakui hampir ‘give up’ serta mahu menarik diri daripada meneruskan penggambaran filem yang mengangkat persoalan tentang budaya, bangsa dan gangsterism. 

Gambar Instagram Sangeetha Krishnasamy 
Gambar Instagram Sangeetha Krishnasamy 

“Untuk pengetahuan semua, saya ditawarkan membawakan watak ini dalam tempoh 48 jam. Dalam tempoh itu saya perlu menguasai skil tarian Mak Yong, dialog Mak Yong dalam loghat Kelantan.  Memang susah. 

“Saya rasa nak nangis dan saya rasa tak konfiden nak bawakan watak Salmi itu sehingga saya rasa nak ‘give up’ dan tarik diri selepas beberapa jam bekerja dengan dengan Cikgu Zamzuriah yang mengajar Mak Yong di Aswara. 

“Tapi, bila Abang Sabri Yunus masuk ke studio, saya kembali mendapat keyakinan diri. Hanya menerusi pandangan matanya itu saya jadi yakin semula dengan diri saya. 

“Saya juga rasa ada sebab kenapa dia pilih saya untuk bawa watak Salmi. Disebabkan itu, saya teruskan juga. Jadi, untuk watak Salmi yang bermain Mak Yong ini, saya hanya diberikan tempoh masa selama 48 jam dan untuk loghat Kelantan sahaja selama 24 jam. Saya tak bazirkan masa sebabb takut saya buat salah apabila berdialog,” katanya. 

Sangeetha ditemui di majlis tayangan perdana filem Nuan Nogo Bogho di GSC Starling Mall bersama-sama pelakon lain termasuk Asrul Faizal, Datuk Rosyam Nor, Jason Chong, Jojo Goh, Issey Fadzlisham dan Jason Chong. 

Mengakui dia adalah peminat Sabri Yunus dan pernah bekerjasama dengan pelakon dan pengarah tersebut, Sangeetha juga memberitahu malam tayangan perdana filem itu disifatkan sangat istimewanya buat dirinya. 

“Inilah kali pertama saya dapat tengok filem lakonan saya sendiri. Terima kasih abang Sabri. Dalam filem ini, kebanyakan penonton mungkin melihat saya banyak bekerja dengan Asrul Faizal.  Tapi, di belakang tabir, saya sebetulnya banyak bekerja denga Abang Sabri dan Cikgu Zamzuriah. 

“Disebabkan persembahan Asrul Faizal yang sangat hebat dan mendalam, saya sebenarnya sangat-sangat terkesan dengan babak terakhir filem ini. 

“Saya lihat sendiri, dari waktu dia berada di belakang pentas, dia sudah mengambil mood dan saya rasa macam di betul-betul kena tikam,” katanya.

Gambar Instagram Sangeetha Krishnasamy 
Gambar Instagram Sangeetha Krishnasamy 

Duan Nago Bogho terbitan Kamalariff Holdings Sdn Bhd mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong iaitu Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh. 

Kisahnya bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu sewaktu dia sedang membuat persembahan sehinggalah ayahnya meminta dia untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan. 

Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari 2023.  – Getaran, 13 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lombong Emas Haram: 2 Maut Tertimbus Tebing Runtuh

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.