web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Eksport Album K-Pop Korea Selatan Cecah Rekod Tertinggi Sebanyak AS$233 Juta Pada 2022

Eksport album K-pop mencecah AS$233.113 juta pada 2022, meningkat 5.6 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut agensi berita Yonhap memetik statistik perdagangan import dan eksport Perkhidmatan Kastam Korea (KCS).

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:00PM

Kumpulan lelaki terkemuka seperti BTS, Stray Kids dan Seventeen serta kumpulan gadis baharu yang mendominasi carta muzik tahun lepas merupakan pemacu utama aliran menaik itu - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Eksport album K-pop Korea Selatan mencecah paras tertinggi baharu tahun lepas dengan data pada Isnin menunjukkan pandemik COVID-19 menyumbang kepada peningkatan permintaan ke atas album fizikal.

Eksport album K-pop mencecah AS$233.113 juta pada 2022, meningkat 5.6 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut agensi berita Yonhap memetik statistik perdagangan import dan eksport Perkhidmatan Kastam Korea (KCS).

Angka tahun lepas mengatasi jumlah tertinggi sebelumnya bernilai AS$220.85 juta yang direkodkan pada 2021.

Jualan album K-Pop meningkat melepasi AS$100 juta pada 2020 dan AS$200 juta pada 2021 memandangkan peminat K-pop di luar negara memilih untuk membeli album sebagai tanda sokongan kepada bintang kegemaran mereka selain tidak dapat melihat mereka secara langsung di konsert dan acara langsung lain akibat pandemik COVID-19.

Jepun mengimport album K-pop paling banyak tahun lepas berjumlah AS$85.74 juta. Ini diikuti China dan Amerika Syarikat yang masing-masing mengimport AS$51.33 juta dan AS$38.88 juta, Taiwan, Belanda, Thailand, Hong Kong, Jerman, Indonesia dan Perancis, menurut Yonhap.

Label K-pop lazimnya tidak mendedahkan butiran jualan album oleh artis mereka.

Kumpulan lelaki terkemuka seperti BTS, Stray Kids dan Seventeen serta kumpulan gadis baharu yang mendominasi carta muzik tahun lepas merupakan pemacu utama aliran menaik itu berdasarkan pelbagai carta album bagi tahun itu yang menggabungkan jualan domestik dan luar negara.

Menurut laporan itu, album paling banyak terjual tahun itu adalah "Proof," album antologi oleh BTS yang terjual sebanyak 3.48 juta salinan, menurut carta album tahunan oleh Circle Chart, yang merupakan penanda aras carta K-pop negara.

Ini diikuti "Maxident," EP ketujuh oleh Stray Kids dengan 3.18 juta salinan. Seventeen dan BLACKPINK menjual 2.87 juta salinan dan 2.52 juta salinan bagi album "Face the Sun" dan "Born Pink" masing-masing.

Ive, salah satu sensasi baharu 2022, menduduki tempat ke-10 dalam carta berjaya menjual 1.65 juta salinan bagi single ketiganya, "After Like", tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Eksport Malaysia Dijangka Cecah US$425 Bilion Menjelang 2030 - Standard Chartered

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...