web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksport Malaysia Dijangka Cecah US$425 Bilion Menjelang 2030 - Standard Chartered

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 5:18PM

Eksport Malaysia diunjur mencecah US$425 bilion (US$1=RM4.68) menjelang 2030 pada kadar pertumbuhan tahunan 6.8 peratus, kata Standard Chartered - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Eksport Malaysia diunjur mencecah US$425 bilion (US$1=RM4.68) menjelang 2030 pada kadar pertumbuhan tahunan 6.8 peratus, kata Standard Chartered.

Malaysia dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan perdagangan global yang dijangka mencecah US$32.6 trilion dengan kadar pertumbuhan lima peratus menjelang 2030, kata bank itu dalam satu kenyataan bersempena dengan penerbitan laporan penyelidikannya yang bertajuk 'Future of Trade 2023: New Opportunities in High-Growth Corridors'.

Standard Chartered berkata, koridor perdagangan yang bertempat di Asia, Afrika dan Timur Tengah dijangka mengatasi kadar pertumbuhan perdagangan global sehingga empat mata peratusan, memacu volum perdagangan di rantau ini kepada US$14.4 trilion dan menyumbang 44 peratus daripada perdagangan global menjelang 2030. 

“Bagi Malaysia, koridor eksport ke India, Indonesia dan Vietnam adalah antara yang paling pantas berkembang,” katanya.

Eksport Malaysia ke India diunjur mencecah US$18 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan gabungan (CAGR) sebanyak 10.1 peratus pada 2030, diikuti Indonesia (US$12 bilion; sembilan peratus) dan Vietnam (US$13 bilion; 8.7 peratus).

Berdasarkan laporan itu, Standard Chartered berkata Malaysia akan melabur untuk mengukuhkan sektor dan infrastruktur eksport utamanya, dengan pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Laluan Rel Pantai Timur yang menghubungkan pantai barat dengan pantai timur, menjadi inisiatif utama naik taraf prasarana.

Bank itu berkata, sektor jentera dan elektrik negara dijangka menyumbang 53 peratus daripada bahagian eksport pada 2030 dengan CAGR 2021-2030 sebanyak 6.8 peratus, diikuti logam dan mineral (19 peratus; 5.9 peratus) serta pertanian dan makanan (enam peratus; 9.2 peratus).

Ketua serantau anak syarikat global bagi Asean dan ketua negara bahagian korporat, komersil dan institusi Standard Chartered Malaysia, Patricia Wong berkata, pertumbuhan perdagangan Malaysia yang kompetitif didorong oleh beberapa faktor, terutamanya hubungan perdagangan yang kukuh dengan pasaran utama.

“Dengan keupayaan perdagangan negara dijangka diperkukuh susulan peningkatan dalam infrastruktur logistik, rangkaian luas bank ini memberikan manfaat yang besar sebagai pintu masuk di tengah-tengah laluan perdagangan global yang menghubungkan Malaysia ke dunia,” katanya.

Selain itu, Standard Chartered berkata penyelesaian kewangan rantaian bekalan digital dijangka menjadi pembawa perubahan dalam senario pertumbuhan perdagangan global.

“Menjelang 2030, peningkatan penggunaan penyelesaian kewangan rantaian bekalan digital boleh memacu eksport sebanyak 7.5 peratus dalam 13 pasaran yang ditinjau, peningkatan sebanyak US$791 bilion.

"Penyelesaian kewangan rantaian bekalan digital juga boleh membantu memacu inklusi kewangan dan penyertaan lebih besar bagi perusahaan kecil dan sederhana, membantu syarikat mematuhi kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta mengurangkan risiko penipuan dan kos pemantauan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa