web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aidilfitri Lembaran Baru – Artis-artis Rocketfuel Entertainment

Setelah dua minggu umat Islam menunaikan ibadah puasa, suasana Aidilfitri semestinya sudah mula terasa. Dan nampaknya lagu terbaru ini hasil terbitan Rocketfuel Entertainment mempelopori senarai lagu-lagu Raya baru yang bakal dipromosikan untuk tahun ini. Sungguhpun syarat-syarat menyambut Aidilfitri di bawah kondisi pandemik tahun iniagak berbeza, sekurang-kurangnya kegembiraan menyambut bulan Syawal dapat dirasakan melalui lagu ini. Dengan penampilan vokal suara-suara hebat seperti Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Masya Masyitah, Usop dan juga Ruffedge, lagu ini menepati kriteria yang perlu ada dalam sebuah lagu raya. Ciptaan legenda S. Atan & Siso Kopratasa ia wajar mendapat tempat di corong radio tempatan.

Lagu Raya – Alif Satar & The Locos

Turut tersenarai dalam himpunan lagu-lagu Raya terbaru tahun ini adalah ‘Lagu Raya’ karya terbaru Alif Satar & The Locos. Lagunya yang sangat mudah dan bersahaja ini dihasilkan bersama oleh Panji Sakti, Faliq Auri, Rajwan Juni, Tam Cobain, Efry Arwis dan Alif Satar sendiri. Dengan tema Raya moden masa kini, lagunya menepati ciri-ciri irama anak muda zaman sekarang dan kami yakin akan menghiburkan mereka yang bakal dan sedang menyambut Aidilfitri. Lagunya tetap mewujudkan suasana hari raya tanpa mengira di mana anda berada!

Purnama Lebaran – Pitahati

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Pitahati ini juga menyertai koleksi lagu-lagu Raya yang baru dikeluarkan untuk tahun ini. Sekali dengar ia mengingatkan kami kepada lagu-lagu berirama perlahan yang pernah didendangkan oleh kumpulan kugiran Brit era terdahulu. Kaya dengan mainan pelbagai instrumen muzik termasuk tiupan harmonika dalam latar belakang melodi memberikannya sedikit kelainan daripada lagu-lagu Raya yang pernah kita dengar pada zaman sekarang. Namun begitu, peluang untuk lagu ini menjadi sebuah lagu Raya popular masih jauh. Semoga Pitahati tidak berhenti mencuba untuk menyerlah dengan karya lain di masa hadapan.

Bayang – Akim Ahmad

Setelah lima tahun mencipta keajaiban bersama kumpulannya Akim & The Majistret (ATM), vokalisnya, Akim Ahmad kini mengeluarkan lagu solo melalui projek khas ini yang bertajuk ‘Bayang’. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Hang Nadim dengan lirik oleh Bunga Cantik, Arisz Ab Rahman dan Hang Nadim juga. Lagu ini dianggap istimewa oleh Akim kerana ia adalah hasil cetusan idea bersama isterinya, penyanyi terkenal, Stacy. Menampilkan sisi Akim yang berbeza, ‘Bayang’ bermain dengan instrumen elektronik untuk menzahirkan sedikit kelainan. Ternyata, lagu ini menghiburkan dan tidak menghilangkan imej Akim sebagai seorang vokalis yang pernah dikenali lewat lagu-lagu popnya serta lagunya bersama kumpulan Majistret.

Anakanda – Siti Nurhaliza

Selepas mengabadikan lagu ‘Comel Pipi Merah’ buat anak sulungnya Siti Aafiyah, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza kembali dengan sebuah lagi karya untuk putera terbarunya Muhammad Afwa yang baru lahir pada 19 April 2021. Lagu ‘Anakanda’ ini dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, ‘Legasi’ yang dilancarkan pada 1 April tahun ini. Lagu ciptaan Siti sendiri ini mendapat sentuhan lirik Rozisangdewi dan merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang. Sesuai dengan suaranya yang memang sinonim dengan lagu-lagu berentak asli, selain menghiburkan ‘Anakanda’ juga cocok untuk mendodoikan anak kecil.- Getaran, 28 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN