web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kurang ‘Ghairah’ Menyanyi Seorang Diri Punca Naim Daniel Mahu Bersama Band

Menurut Naim, anggota bandnya terdiri daripada sekumpulan pemuzik muda berbakat yang ditemuinya di media sosial.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:00PM

Naim berhasrat untuk mewujudkan band muzik sejak pertengahan tahun lalu.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun kerjaya nyanyian solonya semakin kukuh, namun penyanyi-komposer, Naim Daniel mempunyai berhasrat untuk muncul dengan sebuah band muzik pada tahun ini.

Hasrat itu timbul apabila dia berasakan sudah tidak punya lagi rasa ghairah apabila menyanyi berseorangan di atas pentas menggunakan minus one.

“Bila saya naik pentas dan menyanyi seorang diri, saya tertanya sendiri, apa yang saya buat? Ia sudah menjadi satu kebiasaan, macam satu lagi kebiasaan di pejabat.

“Saya rasa saya perlukan pressure kerana saya bukan jenis orang yang menetap di sebuah zon yang selamat. Memang saya tidak punya pengalaman buat band muzik, tapi saya mahu mencuba bersama beberapa sekumpulan pemuzik anak-anak muda.

“Sebagai permulaan, mereka akan membuat kemunculan di dalam Konsert Patah Hati yang bakal saya jayakan nanti.

“Kemunculan mereka nanti lebih kepada pemuzik undangan, tetapi saya akan tetap kenalkan mereka sebagai ahli-ahli band muzik saya,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Konsert Patah Hati anjuran ANS Diversified Sdn Bhd.

Menurut Naim lagi, hasrat untuk mewujudkan band muzik mula tercetus sejak pertengahan tahun lalu.

“Kemudian saya terjumpa mereka ini di media sosial. Saya juga turut mendapatkan nasihat daripada Noh Salleh (Hujan). Dia agak rapat dengan saya. Kata dia, apa sahaja yang kamu mahu lakukan, buat sahaja.

“Saya juga turut maklumkan kepada syarikat pengurusan saya tentang hasrat untuk tampil dengan band muzik. Mereka terima,” katanya.

Naim juga mengakui bahawa dia tidak kisah untuk bermula daripada bawah semula bersama band muziknya itu.

“Dalam band muzik ini ada lima anggota, termasuk saya sebagai vokalis. Nama band muzik, kami masih belum pilih atau fikirkan lagi dan saya pun baru sahaja bertemu dengan mereka pada minggu lalu dan jamming session pun kita tak buat lagi.

“Tapi kita akan buat latihan bersama untuk Konsert Patah Hati nanti. Dari situ, kita akan cuba mencari keserasian bersama. 

“Tapi, saya memang mahu pergi jauh dengan band muzik ini. Sebab saya betul-betul rasa ‘lost’ bila nyanyi seorang diri,” katanya.

Jelas Naim lagi, konsert Hujan yang diadakan pada tahun lalu juga merupakan satu anjakan paradigma untuk tampil bersama band muzik.

“Nazrin daripada S.O.G juga turut mencadangkan kepada saya untuk buat band. Kata dia, saya nampak ‘hidup’ bersama band. Dan, bila bersama band muzik ini nanti, pasti akan ada lagu baharu yang berbeza sama sekali dengan muzik solo saya.

“Tapi, pada masa yang sama, saya tetap akan meneruskan kerjaya dan muzik solo saya. Saya takkan hilangkan apa yang Naim Daniel buat selama ini sebagai artis solo.

“Band ini pula lebih kepada cara saya untuk bereksperimen dengan muzik,” katanya.

Mengenai Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) yang bakal diadakan tidak lama lagi, Naim menyatakan, dia tidak meletakkan sebarang sasaran atau harapan untuk lagu nyanyiannya itu bergelar juara.

“Saya bukanlah seorang penyanyi yang didatangi dengan pakej vocal powerhouse. Tapi, AJL bukanlah untuk meraikan penyanyi sebaliknya karya lagu daripada komposer dan penulis lagu.

“Jadi, saya akan hadir sebagai tiket seorang penyanyi yang membawakan lagu daripada komposer dan saya berharap akan dapat memberi sebuah persembahan yang mampu diingati.

“Kalau nak lawan vokal, memang tidaklah kerana ramai yang hebat-hebat bertanding kali ini,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ambil Semangat Sudirman - Persembahan Terbalik Naim Daniel Di AJL37 Diiktiraf Malaysia Book of Records

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN