web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zainal Abidin Kembali Beraksi Hiburkan Peminat Dalam Konsert Khas Ambang Tahun Baru 

Diiringi band yang terdiri daripada para pemuzik terbaik Malaysia bertaraf dunia, Zainal Abidin menjanjikan bukan sahaja sebuah persembahan yang menghiburkan dan bertenaga, malah ia juga memberikan inspirasi dan semangat bagi menempuh tahun baru 2023.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 12:00PM

Datuk Zainal Abidin - Gambar JR Public Relations & Communications 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuma tinggal beberapa sahaja lagi untuk kita semua dan seluruh dunia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2022 serta menyambut kedatangan tahun baharu, 2023. 

Bagi meraikan 2022 yang akan  ditinggalkan serta 2023 yang bakal menjelma, penyanyi lagenda tersohor, Datuk Zainal Abidin (juga Zainal Abidin atau Zainal) bakal mengadakan persembahan istimewa di The Bee, Publika pada malam ambang tahun baru, 31 Disember 2022.

Dinamakan Zainal Abidin Nye Special, persembahan ikon penghibur hebat ini akan diiringi pemuzik yang ternama dan berkaliber seperti Mac Chew (keyboard), Lewis Pragasam (dram), Steve Thornton (gendang serta percussion), Daniel Foong (bass) dan Sham Kamikaze (gitar). 

Gamba JR Public Relations & Communications 
Gamba JR Public Relations & Communications 

“Mereka ini semuanya bukan calang-calang pemuzik dan pada saya, adalah di antara yang terbaik di negara ini. Umum juga pasti mengetahui bahawa mereka ini juga sering diburu produser atau artis luar negara yang memerlukan khidmat serta ilmu pengetahuan muzik mereka yang mendalam. 

“Kami semuanya telah lama membuat persembahan bersama, dan mereka amat memahami muzik serta cara saya di atas pentas. 

Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berkongsi pentas di The Bee, serta menghiburkan peminat-peminat kami yang sudah lama tidak menyaksikan kami beraksi bersama-sama”, jelas Zainal Abidin.

Dengan senarai lagu-lagu yang begitu banyak, bermula dari ketika Zainal masih lagi menjadi anggota di dalam kumpulan pop-synth 80an, Headwind, ianya pasti menjadi suatu yang sukar untuk Zainal memilih senarai akhir repertoire lagu bagi setiap persembahannya. 

Namun kata Zainal, proses pemilihan lagu ini amat kolaboratif di antara dia dengan anggota band muzik yang lain. 

Gambar JR Public Relations & Communications 
Gambar JR Public Relations & Communications 

“Selain ‘Hijau’ yang seakan lagu wajib untuk setiap persembahan, kami perlu memahami tujuan peminat-peminat serta para tetamu hadir ke konsert tersebut. 

“Di sinilah pentingnya pengalaman, dan kami harus mempunyai elemen fleksibiliti untuk memastikan kejayaan setiap konsert, justeru audiens kami turut terhibur dan pulang bersama memori indah,” katanya. 

Mementing kualiti dalam setiap persembahannya, Zainal menambah, persembahan ambang tahun baru pada Sabtu ini berbeza atas faktor intimasi yang menjadikannya lebih peribadi. 

“Saya pernah membuat persembahan tahun baru di hadapan beribu-ribu penonton dan peminat samada di stadium mahupun dataran acara yang luas. 

“Di dalam situasi ini, jika ada sebarang kesilapan terjadi, ia mungkin tidak akan disedari penonton. Lain pula jika konsert diadakan di venue yang lebih tertutup dengan kehadiran eksklusif peminat dan penonton yang dikawal jumlahnya, tiada sebarang ruang untuk kami membuat kesilapan kerana ia pasti disedari. Konsert ini pasti istimewa sekali. Jadi dapatkan tiket-tiket anda sekarang!”. 

Sementara itu, penganjur acara Zainal Abidin Nye Special, Rahul Kukreja dari RK Live Asia berkata, tahun ini mereka  begitu sibuk dengan penganjuran pelbagai konsert dan acara muzik dari artis luar dan dalam negara. 

Gamba JR Public Relations & Communications 
Gamba JR Public Relations & Communications 

“Di fikiran kami, selepas acara yang terakhir minggu lepas, kami boleh bernafas sedikit lega dan mula merancang kalendar acara bagi tahun 2023. 

“Namun begitu, apabila Zainal menyuarakan hasratnya untuk melabuhkan tabir tahun 2022 dengan sebuah konsert istimewa, kami tidak teragak-agak untuk menyambut peluang bekerjasama dengannya,” katanya. 

Menurut Rahul lagi, legasi Zainal bukan sahaja sebagai suara sebuah generasi dengan katalog muzik yang sangat mengagumkan, dia juga mempunyai reputasi seorang penghibur live yang unik dan kekal relevan sehingga kini. 

“Pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara telah dimenanginya dan ini menjadikan Zainal Abidin seorang ikon industri dan dipandang tinggi oleh artis-artis lain, samada seangkatan mahupun yang baru. 

“Saya tahu bahawa masa persediaan bagi acara ini amat ketat, namun team ini semuanya, dari krew belakang tabir dan Zainal serta anggota-anggota band, sangat professional. Bersama-sama kami menjanjikan bukan sahaja sebuah persembahan yang mantap, malah dapat memberikan inspirasi serta semangat untuk membuka tirai tahun 2023,” katanya. 

Tiket boleh didapatkan secara tempahan (pre-booking) dan tetamu juga boleh mendapatkannya di The Bee pada hari acara (terhad kepada jumlah yang ditetapkan). Harga tiket umum bermula dari RM83.00, dan pakej kumpulan bermula dari harga RM300.00. 

Untuk maklumat lanjut tentang Zainal Abidin Nye Special, urusan tempahan tiket dan juga pakej meja kumpulan, sila hantarkan mesej Whatsapp ke The Bee di +60175654233. – Getaran, 28 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN