web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramai Hadapi Kemurungan, Amir Jahari Tulis Lagu ‘Pernahkah’ Ajak Masyarakat Bertanya Khabar.

Bagi menambah warna dalam lagu ini, Amir berkolaborasi dengan seorang penyanyi bernama Lydbie.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 6:00PM

Muzik lagu 'Pernahkah' juga membawakan elemen joget yang digubah dengan gaya yang lebih kontemporari dan dinamik. - Gambar ihsan Luncai Emas

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada peningkatan peratusan penyakit kesihatan mental, penyanyi dan komposer Amir Jahari mencipta sebuah lagu yang memberikan sebuah perasaan tenang menerusi ‘Pernahkah.’

Amir menuliskan lagu itu selepas melihat rakyat Malaysia begitu tegang menghadapi era pandemik yang tidak hanya menjejaskan kewangan tetapi juga kewarasan.

“Lagu Pernahkah ini karya baru saya pada tahun 2022, saya tulis di hadapan Masjid Jamek, Kuching Sarawak, mengisahkan kesedaran terhadap mental illness seperti kemurungan dan keresahan. Ramai yang terkesan setelah pandemik COVID-19, bukan sahaja kewangan rakyat Malaysia terjejas, keberadaan mentalnya juga.

“Lagu dan lirik ini saya cipta untuk kita sedar adanya penyakit mental yang tersembunyi dan supaya kita sentiasa bertanya khabar pada sesiapa yang kita kenali, kerana kita takkan tahu tahap keberadaan mental mereka kecuali kita tanya. 

“Saya harap lagu ini dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah ini,” katanya menerusi satu siaran akhbar. 

Lydbie - Gambar ihsan Luncai Emas
Lydbie - Gambar ihsan Luncai Emas

Tidak hanya liriknya yang memujuk, malah muzik lagu 'Pernahkah' juga membawakan elemen joget yang digubah dengan gaya yang lebih kontemporari dan dinamik. Bagi menambah warna dalam lagu ini, Amir berkolaborasi dengan seorang penyanyi bernama Lydbie.

“Sebaik sahaja diberitahu abang Amir, saya berasa teruja dengan projek ini . Saya pun cuba mengisi lagu tersebut dengan apa yang saya fahami dimana lagu ini bercerita mengenai jenis – jenis perasaan manusia yang berada di titik hidup yang terendah. 

“Kerana selalunya, perkara kecil ini yang dapat memberikan impak yang besar dalam hidup seseorang.Video muzik juga dirakam dalam tempoh masa yang singkat dan dijalankan di Sarikei kerana saya tinggal di sana Semoga lagu dan video muzik ini dapat memberi sedikit ‘’comfort feeling’’ kepada pendengar,” jelas Lydbie.

Amir Jahari - Gambar ihsan Luncai Emas
Amir Jahari - Gambar ihsan Luncai Emas

'Pernahkah' merupakan lagu pertama daripada 10 lagu yang terkandung dalam album 'Joget: Made In Malaysia'. Ia merupakan sebuah projek terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi Dana Kandungan Digital. Program ini diharap akan mengangkat irama joget ke dalam karya-karya terbaru generasi muda.- Getaran, 14 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...