web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Menggila! Efek Rumah Kaca Beraksi di Malaysia Selepas 12 Tahun

Menerusi konsert Senandung Malam di Zepp KL semalam, Efek Rumah Kaca mempersembahkan 16 buah lagu terbaik mereka, antaranya Seperti Rahim Ibu, Desember, Di Udara, Sebelah Mata dan single terbaru mereka, Heroik.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 8:00PM

Lautan peminat Efek Rumah Kaca membanjiri Zepp KL malam tadi. - Gambar Sairien Nafis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band Indonesia Efek Rumah Kaca terharu dengan sambutan gila peminat walaupun sudah 12 tahun tidak tampil beraksi di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Efek Rumah Kaca yang membawakan mesej satira politik dan kemasyarakatan tetap relevan sehingga dianggap sebagai pelopor band Indie di Indonesia mahupun di Malaysia. 

Aksi Efek Rumah Kaca di Zepp KL malam tadi. - Gambar Sairien Nafis
Aksi Efek Rumah Kaca di Zepp KL malam tadi. - Gambar Sairien Nafis

Menerusi konsert Senandung Malam di Zepp KL semalam, Efek Rumah Kaca mengubati rindu peminat dengan menampilkan 16 buah lagu terbaik mereka antaranya, Seperti Rahim Ibu, Desember, Di Udara, Sebelah Mata dan single terbaru mereka, Heroik.

Cholil Mahmud - Gambar oleh Sairien Nafis
Cholil Mahmud - Gambar oleh Sairien Nafis

Sejak vokalisnya Cholil Mahmud menyambung pelajaran di Amerika Syarikat, mereka jarang dapat melakukan persembahan dengan ahli yang lengkap. 

Namun rezeki memihak kepada Malaysia dan Neptunes Presents selaku tuan rumah  kerana dapat menyaksikan Efek Rumah Kaca membuat persembahan dengan ahli yang lengkap memandangkan Cholil secara kebetulan pulang ke Indonesia.

Poppie Airil - Gambar oleh Sairien Nafis
Poppie Airil - Gambar oleh Sairien Nafis

“Saya menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan sempat tinggal di sana selama enam tahun. Bila ada waktu cuti pada musim panas dan sejuk, saya akan pulang ke Indonesia. 

“Itulah waktunya saya akan membuat persembahan. Memang cukup mencabar untuk belajar dan bermain muzik pada masa yang sama apalagi di tempat berbeza.

“Mencabar juga bagi mereka (ahli Efek Rumah Kaca) mencari personaliti lain agar tetap boleh bermain muzik tanpa saya sebagai,” kata vokalisnya, Cholil kepada Getaran ketika ditemui di Ibu Negara baru-baru ini.

Bercerita tentang rahsia yang membuatkan kumpulan itu kekal bertahan dan diminati walaupun dengan kemunculan banyak band baru, mereka tersenyum.

“Kami berusaha untuk bermuzik lagi dan membuat karya baru dengan menganggap diri kami bukan sesiapa. Personaliti kami berbeza namun masing-masing bersetuju untuk meninggalkan personaliti mereka jika mahu bersama-sama sebagai ahli Efek Rumah Kaca. Kami bersetuju untuk bermain muzik dan menjadi manusia yang lebih baik,” tambah Cholil. 

Akhbar Bagus Sudibyo - Gambar oleh Sairien Nafis
Akhbar Bagus Sudibyo - Gambar oleh Sairien Nafis

Manakala menurut pemain drum, Akhbar Bagus Sudibyo, mereka semua sudah melalui pelbagai cabaran untuk menjadikan band Efek Rumah Kaca sebagai kenyataan. 

“Sejak awal lagi, bukan mudah untuk membentuk band Efek Rumah Kaca. Nak buat album yang pertama pun kami kena tunggu sehingga lima tahun. Setelah album keluar pun kami tak berkesempatan untuk terus buat persembahan.

“Kami akan buat latihan setiap minggu dan hanya cuti pada hari raya sahaja. Kami sudah biasa merasakan beratnya kehidupan. Bila Choril tak ada, kami memang sedih tapi kami percaya bila kami berkumpul semula nanti, dia akan memberikan kreativiti yang baru dalam muzik,” katanya.

Parade Hujan - Gambar oleh Sairien Nafis
Parade Hujan - Gambar oleh Sairien Nafis

Turut membuat persembahan di konsert yang berdurasi tiga jam itu ialah Parade Hujan, iaitu nama baru yang dipilih selepas penyanyi Pusakata dan Payung Teduh bergabung semula selepas lima tahun membawa haluan masing-masing.

Terdahulu, tiket konsert Senandung Malam licin dalam masa 30 minit selepas ia mula dijual pada Oktober sekali gus menjadikannya antara tiket konsert paling laju dijual di laman sesawang ticket2u.- Getaran, 1 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 3 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN