web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beyoncé Dominasi Pencalonan Anugerah Grammy Ke-65

Pencalonan itu sekali gus menjadikan Beyoncé dan suaminya, JAY-Z sebagai artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 6:37PM

Beyoncé - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Penyanyi Amerika, Beyoncé mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy pada Selasa.

Bintang pop itu dicalonkan dalam pelbagai kategori utama termasuk menerusi album "Break My Soul" yang dicalonkan untuk kategori Record of the Year dan Lagu Terbaik manakala "Renaissance" tercalon bagi kategori Album Terbaik, lapor Xinhua.

Pencalonan itu sekali gus menjadikan Beyoncé dan suaminya JAY-Z artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy.

Kendrick Lamar mengekori di belakang Beyoncé dengan lapan pencalonan diikuti Adele dan Brandi Carlile, masing-masing tujuh pencalonan.

“Meraikan keajaiban muzik menjadi teras kami di Recording Academy dan hari ini kami berbangga serta berbesar hati meraikan kuasa muzik bersama-sama peminat semua...," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rakaman. Akademi Harvey Mason Jr dalam siaran akhbar. 

Anugerah Grammy tahunan dianjurkan Recording Academy untuk mengiktiraf pencapaian dalam industri muzik Amerika Syarikat. Anugerah Grammy tahunan ke-65 akan kembali ke Arena Crypto.com Los Angeles pada 5 Februari 2023. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN