web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Aku Tanpa Cinta Mu 2021’ – Faizal Tahir & Mirwana

Pasti ada yang masih ingat pada kumpulan nasyid Mirwana yang satu ketika dahulu popular dengan lagu ‘Aku Tanpa Cinta Mu’ saat mereka bergandingan dengan penyanyi veteran JayJay sekitar 16 tahun lalu. Dan di saat itu juga tentu ada yang ingat kelibat Faizal Tahir, salah seorang ahli kumpulan Mirwana yang agak menyerlah dan kemudian mengorak langkahnya sendiri sehingga berjaya menjadi salah satu penyanyi dan pencipta lagu yang disegani tanah air.

Ya, tahun ini Faizal Tahir kembali mengimbau nostalgia dengan merakam semula lagu yang pernah mempopularkan kumpulan ini sekaligus memperkenalkannya kepada dunia muzik arus perdana tempatan sebelum bergelar penyanyi solo.

Diberi nafas baharu dengan susunan yang lebih segar, lagu ini memang sesuai didengar sempena bulan Ramadan yang mulia ini untuk mengingatkan kita tentang cinta terhadap Yang Esa.

Lagu yang sudah pun berada di semua pelantar digital ini turut mendapat sambutan baik peminat selain sudah mula dimainkan oleh beberapa stesen radio tempatan. ‘Aku Tanpa CintaMu’ adalah karya penuh Mujahid Abdul Wahab manakala susunan muzik versi 2021 ini pula telah digubah oleh Adib Hussin dan Faizal Tahir sendiri. Syabas buat Faizal dan Mirwana serta semoga usaha mereka diberkati!

 

‘Nuraga’ – Hael Husaini

Sentiasa memberikan kelainan dalam setiap karyanya, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Hael Husaini turut sama memeriahkan koleksi lagu kerohanian kontemporari sempena Ramadan tahun ini lewat lagu terbarunya berjudul ‘Nuraga’.

Bernasyid sambil berkongsi peringatan tentang kesabaran dalam menempuhi cabaran yang dihadapi manusia zaman ini, Hael bijak menggabungkan seni muzik moden dan bait-bait liriknya yang bermakna.

Sekali lagi bekerjasama dengan MFMF untuk menghasilkan melodi indah yang mampu mencuri perhatian, karya mereka sama sekali tidak mengecewakan. Semoga lebih banyak penyanyi pop tempatan mampu melahirkan lagu berunsur ketuhanan yang diberi suntikan muzik kontemporari seperti hasil kerja Hael ini.

 

Don’t Miss Demo’- YHB

Def Jam Singapura telah menemui permata baru dari ekosistem hip-hop tempatan mereka yang bernama YHB Sleepsalot. Rapper berusia 19 tahun ini adalah artis termuda dari senarai Def Jam Singapura dan kini muncul dengan lagu ‘Don't Miss Demo’.

Rentak lagunya rancak dan berkembang dari awal hingga akhir, menggabungkan impian dengan lantunan getaran bunyi bass yang sangat trendy. YHB Sleepsalot melengkapkan lagi rentak dengan kekuatan suaranya yang dinamik serta kecerdikan liriknya.

Don't Miss Demo’ ditulis sebagai catatan untuk dirinya sendiri, peringatan bahawa cita-cita dapat menjadi kenyataan jika memiliki semangat dan kesungguhan. Satu lagu yang wajar didengari dan wajib dimasukkan dalam senarai lagu anda.

 

‘Petanda’ – Aliff Idham

Baru tiga tahun menceburkan diri dalam bidang nyanyian, penyanyi cilik yang berumur 15 tahun ini cuba memberanikan diri menceburi bidang hiburan tempatan.

Pernah memenangi tempat ketiga 'Ceria Megastar Ministar' pada tahun 2019, Aliff nampaknya bakal menyertai lambakan artis muda baharu yang cuba mendapat tempat di kalangan pencinta muzik Melayu.

Menampilkan lagu ciptaan serta tulisannya sendiri yang berjudul 'Petanda', menunjukkan Aliff ada potensi bakat menghasilkan karya. Namun nampaknya di awal kemunculannya ini, single pengenalannya belum cukup kukuh untuk menonjol saat dibandingkan dengan ajnas karya yang sudah pun ada di luar sana.

Mungkin suaranya akan lebih terserlah jika dia menyanyikan karya komposer serta penulis lirik yang lebih berpengalaman. Semoga Aliff tak berputus asa dan terus berusaha mencari arahan A&R yang lebih baik.

 

‘Mata Hati’ – Aizat Amdan

Petikan gitar dan suara merdu Aizat Amdan merupakan satu kombinasi hebat yang sentiasa berjaya melahirkan keajaiban. Tampil dengan sebuah lagu berunsur ketuhanan yang sarat dengan nasihat serta peringatan, Aizat kali ini bergabung dengan pendakwah tersohor Malaysia Prof. Muhaya serta Dr. Azmi untuk menghasilkan sebuah lagu yang mudah serta sedap didengar.

Selain mengingatkan kita tentang kepentingan melihat dengan mata hati dan bukan mata nafsu semata-mata, karya ini juga sesuai buat bulan Ramadan yang biasanya menginsafkan.

Dengan gaya penyampaian bersahaja yang sinonim dengan imej muzik Aizat sebelum ini, ‘Mata Hati’ semestinya menenangkan dan sesuai buat halwa telinga semua.  - Getaran, 14 April 2020

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN