web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Didi & Friends Bersama MPO Di DFP Janjikan Pengembaraan, Gelak Ketawa

Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? Arahan Pat Ibrahim ini akan diiringi MPO pimpinan Gerard Salonga.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 10:00AM

Gambar ihsan DFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Watak kartun popular, Didi & Friends akan tampil dalam sebuah konsert eksklusif, Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Konsert yang diiringi MPO dan dipimpin konduktor residen, Gerard Salonga ini bakal berlangsung di DFP pada 22 Oktober pada jam 2.30 petang.

Diarahkan Pat Ibrahim, konsert akan membawa penonton mengembara bersama Didi, Nana & Jojo dalam usaha mereka untuk mencari rakan comel mereka yang telah hilang iaitu Bingo.

Sertai mereka dalam usaha mencari Bingo di dalam konsert selama satu jam ini yang diarah yang dipenuhi dengan pengembaraan, gelak tawa dan muzik yang menghiburkan hati.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan di dalam konsert ini adalah Mengantuk Mumia, Chan Mali Chan, Kalau Rasa Gembira, Bingo, dan lagu tradisional Eh Wau Bulan.

Semua lagu yang dipersembahkan di dalam konsert ini telah digubah dan diberikan nafas simfonik baru oleh MPO.

Didi & Friends adalah sebuah animasi 3D berbentuk muzikal didik hibur prasekolah No 1 di Malaysia yang pernah memenangi anugerah Animasi Terbaik pada 2019 di 24th Asian Television Award. Ia juga telah berjaya menempah nama ke segenap rantau ini dengan peminat dari Singapura dan Indonesia.

Mula ditayangkan di YouTube dengan lagu kanak-kanak tempatan pada tahun 2015, ia kemudian disusuli dengan  tayangan perdana di Astro Ceria dan pada tahun berikutnya iaru pada musim kedua, siri animasi ini ditayangkan di seluruh Asia.

Tahun 2020 menyaksikan kematangan jenama Didi & Friends apabila berjaya menarik lebih ramai peminat pelbagai peringkat umur dengan beberapa lagu hit viral termasuk Mengantuknya Mumia.

Bahkan, melalui musim keempat, lagu-lagu hit kolaborasi dengan artis ternama tempatan telah dihasilkan seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Yuna, Hael Husaini, Altimet dan ramai lagi.

Didi & Friends kini berada di bawah naungan Warnakala Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Astro. Ayuh, sertai pengembaraan muzik ini bersama Didi & Friends dan MPO, hanya di DFP!

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dibenarkan masuk dengan pembelian tiket.

Layari laman web www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok). - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Jom Bawa Keluarga Sertai MPO Terokai Pengembaraan Muzik Yang Luar Biasa Pada 23 Mei

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN

Filem & TV 11 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad