web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suara Sissy Iman Dipuji Pemuzik Luar Negara, Rakam 6 Lagu Sehari Di Studio Legenda, Abbey Road 

Menggunakan duit tabungan, Sissy terbang ke London untuk menyiapkan album pertamanya dengan kepakaran pemuzik antarabangsa.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 2:00PM

Sissy Iman merakamkan enam lagu dalam tempoh 10 jam di The Abbey Road Studios London. - Gambar dari Instagram Sissy Iman

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua memiliki peluang untuk merakamkan album di studio bersejarah dunia, The Abbey Road Studios London. Namun tuah memihak kepada penyanyi Sissy Iman yang berjaya mendapatkan slot rakaman tanpa perlu menunggu lama.

Menggunakan duit tabungan, Sissy terbang ke London dan kesempatan itu digunakan penyanyi asal Kuala Lumpur itu untuk merakamkan album pertamanya setelah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian. 

“Saya terkejut juga kerana tidak menunggu terlalu lama untuk dapat slot rakaman. Sebelum ini kumpulan Masdo tunggu masa sehingga setahun untuk dapat slot. Saya hantar emel berkali-kali untuk dapatkan slot. Kemudian abang AG Coco yang bantu saya untuk semak sama ada dapat atau tidak, Alhamdulillah rezeki, ada slot kosong untuk saya,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Bercerita pengalamannya bekerja dengan pemuzik profesional, cara kerja dan teknik rakaman yang digunakan mereka berbeza dengan rakaman lagu di Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji suara Sissy yang disifatkan sebagai unik.

“Bila saya sampai sahaja, mereka dah kenal saya sebab mereka dah kaji siapa saya sebelum datang. Sangat profesional. Cara rakaman juga berbeza. Jika di Malaysia kita akan rakam mengikut bahagian. Tapi di sana, kita rakam sampai lagu itu habis dan kita boleh pilih nak ulang di bahagian mana.

“Mereka ada puji suara saya. Katanya saya ada vibrato yang susah mereka nak jumpa dalam kalangan penyanyi Asia,” cerita Sissy sambil tersipu malu. 

Merakamkan enam lagu dalam tempoh 10 jam adalah pengalaman yang bermakna buat Sissy Iman. Tidak pernah meletakkan harapan tinggi agar albumnya akan terjual dengan sangat laku.

 Sissy hanya menganggap kewujudan album itu nanti sebagai proses dokumentasi muziknya selama ini.

“Ini memang pengalaman bermakna buat saya. Apalagi saya dapat bermain  piano yang sama dengan The Beatles. 

“Saya tidaklah terlalu berharap album ini akan meletup. Cukuplah sekadar proses dokumentasi muzik saya dan untuk ayah yang sudah melabur banyak duit untuk saya ke kelas piano.

“Bila kita terlalu fikir dan target untuk jual, kita akan stres. Namun kita kena bersedia dan bertanggungjawab dengan  duit kita. Tapi kalau bukan rezeki, nak buat cemana, saya buat yang terbaik sahaja.

“Nantikan album saya yang ditulis oleh pemuzik berbakat Malaysia dan London ya,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 28 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN