web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Syafiq dan Wawa Rakam Semula Lagu Top Yang Sama Usia 22 Tahun Dengan Mereka 

Kedua-dua penyanyi ini merakamkan semula lagu ‘Buat Insan Tersayang’ yang dipopularkan Ashira dan Eddie Hamid pada tahun 2022 yang tidak biasa didengar. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:00PM

Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa - Gambar ihsan Nova Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, merakamkan semula lagu malar segar era 90-an dengan susunan muzik baharu yang dibawakan penyanyi baharu bagaikan sudah menjadi trend di kalangan label rakaman tempatan Malaysia. 

Antara lagu-lagu era 90-an yang telah diberi nafas baharu adalah ‘Mahligaimu Dari Airmataku’, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’, ‘Tragedi Cinta’, ‘Resah Kerinduan’ dan ‘Dalam Diam Aku Mencintaimu’.

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

Trend ini juga nampaknya menjadi ikutan Nova Music apabila merakam semula lagu yang lagu ‘Buat Insan Tersayang’ yang pernah dipopularkan Ashira dan Eddie Hamid pada tahun 2000 untuk penyanyi muda Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa. 

Namun, tawaran merakamkan semula lagu ‘Buat Insan Tersayang’ itu benar-benar mengejutkan naib juara program Lagu Cinta Kita Musim 2, Ahmad Syafiq, 22. 

“Saya pada mulanya rasa terkejut dan takut sebab genre lagu ini berbeza sangat dengan lagu-lagu yang saya rakam sebelum ini. 

“Lagu ini macam ada lenggok dangdut sikit. Tapi lagu ini sebenarnya balada dan sedih. Melalui versi terbaru ini, kami beri nafas baharu dengan susunan yang lagi rancak tapi ia masih lagu sedih.

“Satu lagi, walaupun saya tahu lagu ini pernah jadi fenomena, tapi saya tak biasa mendengar lagu ini. Namun, pada masa sama, saya berasa beruntung dipilih abang Eddie Hamid sebab lagu ini dulu dikeluarkan pada tahun 2000, tahun kelahiran saya sendiri,” katanya. 

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

Mengenai trend merakamkan semula lagu lama, Syafiq tidak menolak ia sesuatu yang berleluasa sekarang dan secara tak langsung mampu menonjolkan lagi namanya di persada muzik tanar air.

“Lagu lama dijadikan single baru sekarang ini memang sangat ‘trending’. Ia menjadi seakan satu 'ombak' dalam industri seni nyanyian ini. Boleh dikatakan ramai artis baharu macam Fieya Julia, Luqman Faiz, Amsyar Leee, Afieq Shazwan dan Tajul yang dah buat. Tidak dinafikan, nama mereka semakin popular setelah menyanyikan semula lagu lama berkenaan. 

“Bagi rakaman semula lagu Buat Insan Tersayang ini saya anggap kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada, tak adalah. Cuma lagu ini dia agak ringan sikit dan 'feel' tak berat macam dulu. Muzik video pula bertemakan ala filem Bollywood,” katanya.

Berkongsi mengenai gandingannya dengan Wawa Shazwa, Syafiq mengakui timbul sedikit kesukaran pada awalnya kerana perbezaan vokal antara mereka.

“Wawa juga adalah artis naungan Nova Music dan dia adalah salah seorang ahli kumpulan Darul Aman Buskers. Dia pernah tular di YouTube, jadi rasa terkejut dan takut sebenarnya waktu kali pertama digandingkan dengan dia. Apa-apa pun, saya telah buat yang terbaik untuk sampaikan lagu ini bersamanya.

“Cuma, pada mulanya kami menghadapi sedikit kesukaran untuk menyanyikan lagu ini bersama sebenarnya. Sebab, vokal Wawa bila makin tinggi makin halus suaranya dan saya pula jenis vokal yang lebih lantang. Jadi nak menyeimbangkan vokal kami ambil masa juga.

“Tapi, Wawa pandai menggunakan kelebihan yang ada pada suaranya. Kalau nyanyi lagu yang ada lenggok-lenggok sebegini, memang 'makanan' Wawa sebenarnya. 

“Saya pula kena haluskan sedikit suara supaya tak menjadi macam bapak dengan anak menyanyi. Dari situ, baru nampak macam pasangan kekasih yang menyanyi. Sukar jugalah untuk sesi rakaman lagu ini,” katanya.

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

Sama seperti Syafiq, Wawa atau nama sebenarnya Nor Shazwa Atiqah Shamshul, 22, juga memberitahu bahawa lagu ‘Buat Insan Tersayang’ telah diterbitkan pada tahun kelahirannya. 

“Saya rasa bangga sebab dipilih untuk menyanyikan dan menaikkan semula lagu zaman dulu. Tapi sejujurnya saya tak biasa dengar lagu ini sebab lagu yang lama-lama memang jarang saya dengar.

“Jadi apabila dapat nyanyi semula lagu ini barulah saya tahu mengenai lagu ini. Rupanya lagu ini seronok, kata-kata dan liriknya sangat menarik,” katanya. – Getaran, 9 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Solo November Ini Di Langkawi, Ezad Lazim Akui Risau PRU-15 Dan Banjir 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mahu Sesuaikan Dengan Imej, Zizi Kirana Enggan Menyanyi Lagu-Lagu Lamanya

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Komposer Saari Amri Tidak Sangka Lagunya Viral Di TikTok

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN