web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Sesuaikan Dengan Imej, Zizi Kirana Enggan Menyanyi Lagu-Lagu Lamanya

Menyedari dia kini bergelar isteri orang dan berimej sopan, Zizi Kirana enggan membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu lamanya seperti Siapa Yang Bab Bap dan Nak Ke Tak Nak

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 2:00PM

Zizi Kirana enggan membawakan lagu lama kerana mesej yang kurang sesuai dengan imej terkininya. - Gambar dari Instagram Zizi Kirana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Zizi Kirana mendedahkan bahawa dia enggan menyanyikan lagu-lagu lamanya yang mempunyai lirik yang kurang bersesuaian dengan imej terkininya yang berhijab.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, terdapat beberapa buah lagunya yang tidak lagi sesuai untuk dinyanyikan di hadapan umum seperti lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nak Ke Tak Nak.

“Takkan saya sudah berimej sebegini nak menyanyi lagu seperti itu lagi. Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua. Kalau umur dah masuk 40, takkan nak menyanyi lagu ‘siapa yang bab bab’,” katanya sambil ketawa. 

Tambah isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini, sejak berhijab penganjur juga tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang ‘daring’. 

“Mereka faham sendiri. Jadi mudah kerja saya. Saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama,” katanya. 

Zizi Kirana - Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro
Zizi Kirana - Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

Ditanya adakah suaminya turut mempengaruhi keputusannya untuk tidak lagi menyanyikan lagu-lagu sebegitu, kata bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini, suaminya sama sekali tidak masuk campur.

“Sebenarnya sejak saya berkahwin, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga. Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat. Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya. 

Kongsi Zizi lagi, tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’. 

Zizi ditemui di majlis sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura dimana dia merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert yang bakal berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil pada 11 September ini. 

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam konsert ini, kata Zizi dia sangat terharu apabila diundang idolanya sendiri iaitu Nur Fazura. 

Zizi Kirana (tengah) ketika menghadiri PC Faztival Fazura. -  Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro
Zizi Kirana (tengah) ketika menghadiri PC Faztival Fazura. - Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

“Saya merupakan peminat Fazura sejak dari dulu lagi. Saya sukakan gayanya yang sangat santai dan tak suka buat benda yang pelik-pelik. Saya selalu bertanyakan tentang Fazura daripada  jurusolek. Dan hari ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya. 

“Macam mana saya boleh terbabit dengan konsert ini pula, sebenarnya saya telah menghubungi pengurus Fazura iaitu Iman Tang untuk bertanyakan tentang tiket konsert kumpulan Dewa. Tiba-tiba, dia tawarkan saya untuk membuat persembahan di konsert Faztival Fazura bersama Ahmad Dhani dan Mulan Jameela di samping Fazura sendiri. 

“Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan saya apabila dipilih oleh idola sendiri. Tetapi apa yang boleh saya katakan saya sangat bersyukur dan teruja serta tak sabar nak membuat persembahan. 

“Tetapi dalam masa yang sama saya juga berdebar melihatkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan nanti hebat-hebat belaka,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Imej Aizat Di Konsert Yunaverse feat Ai. Z Jadi Tanda Tanya Peminat

2

Politik 2 tahun yang lalu

Aura, Imej Positif Anwar Bersinar, Mampu Bantu PH Menangi PRN - Penganalisis

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Fahmi Minta SPRM Pantau Pegawainya, Elak Berlaku Penyelewengan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN