web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fahmi Minta SPRM Pantau Pegawainya, Elak Berlaku Penyelewengan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 1:10PM

Fahmi Fadzil berkata badan penguat kuasa khususnya SPRM bebas bertindak dalam melaksanakan tugas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat semakan dan pemantauan berterusan ke atas semua pegawai di pejabat beliau dalam usaha mengelak berlaku sebarang penyelewengan. 

Menyatakan keterbukaan itu, Fahmi berkata badan penguat kuasa khususnya SPRM bebas bertindak dalam melaksanakan tugas.

“Saya meminta SPRM (buat) semakan ke atas semua pegawai saya untuk pastikan tidak berlaku kecurangan. Sekiranya ada yang diambil tindakan (oleh SPRM), kita juga akan ambil tindakan.

"Setakat ini tiada siasatan dan tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tahun 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, saluran Telegram Edisi Siasat mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.

Pada Sabtu lepas (13 Mei), Fahmi dan Nik Nazmi menafikan dakwaan pegawai mereka sedang disiasat SPRM selain menyifatkan dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap kedua-dua kementerian itu.

Mengenai dakwaan itu, Fahmi berkata tohmahan bersifat jahat itu sememangnya mencalar imej beliau serta pejabat menteri dan fitnah sedemikian perlu ditangkis dengan pihak yang memfitnah diheret ke muka pengadilan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 58 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam