web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

Peserta Big Stage 2023 iaitu Nadeera Zaini menerima kecaman tentang pakaiannya itu ketika menyampaikan lagu yang memuji Rasulullah SAW.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 12:12PM

Nadeera Zaini - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu lalu telah berlangsung konsert Big Stage 2023 minggu ketiga bertemakan ‘Asmaraloka’ di mana setiap peserta perlu menyampaikan lagu yang mempunyai unsur cinta.

Salah seorang pesertanya iaitu Nadeera Zaini telah menyampaikan lagu daripada Maher Zain yang berjudul Rahmatun Lil’Alameen yang menceritakan tentang rasa kasih dan sayang terhadap Nabi Muhammad SAW.

Nadeera ketika membuat persembahan
Nadeera ketika membuat persembahan

Namun, di sebalik suaranya yang hebat sewaktu mengalunkan lagu bahasa Arab itu apa yang menjadi pertikaian netizen adalah pakaian yang dipakai oleh Nadeera ketika menyampaikan lagu ini. 

Ia dianggap tidak sesuai kerana terbelah di bahagian belakang dan tindakan Nadeera mengenakan pakaian seperti itu juga dianggap tidak menghormati maksud lagu tersebut. 

Tangkapan layar komen netizen
Tangkapan layar komen netizen

Nadeera ketika ditemui pihak media sejurus tamat konsert minggu ketiga telah memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya pada malam itu.

“Saya minta maaf. Saya terima kritikan-kritikan daripada anda semua. Sebenarnya saya pakai begini kerana saya belum lagi bertudung sepenuhnya. Saya tidak mahu dituduh mempersendakan agama,” katanya. 

Nadeera ketika ditemui selepas sesi sidang media
Nadeera ketika ditemui selepas sesi sidang media

Katanya lagi, idea untuk penampilannya pada malam itu adalah hasil perbincangannya bersama pasukan.

“Kami tidak mahu penampilan yang terlalu seksi. Atau tidak bertudung terus. Kena tutup sedikit. Sebab lagu ini menceritakan tentang mencintai Rasulullah. 

“Yang buruk itu datangnya daripada saya. Saya terima. Saya minta maaf andai kata saya mengguris hati anda semua. Apa-apa pun saya dah buat yang terbaik. Terima kasih kepada yang mengundi dan mendoakan saya,” ujarnya.

Menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian. Dan andai tersilap langkah, pasti akan menjadi bahan kecaman netizen. Kata Nadeera dia enggan terlalu memikirkan tentang kecaman yang diterima kerana tidak mahu merasai tekanan.

“Inilah asam garam menjadi seorang anak seni. Kita kena terima. Apa-apa pun saya tidak mahu menitikberatkan terhadap perkara sebegini untuk elak ‘stres’. Kita tak mahu jadikan keadaan semakin buruk,” katanya. – Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel