web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aura, Imej Positif Anwar Bersinar, Mampu Bantu PH Menangi PRN - Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 11:56AM

Perdana Menteri berjaya menampilkan aura positif sejak mengetuai kerajaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Aura dan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu memainkan peranan untuk membantu Pakatan Harapan (PH) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sejak menggalas portfolio pemimpin nombor satu itu, beliau dilihat berjaya menampilkan elemen positif sepanjang lapan bulan mengepalai pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, walaupun ada pandangan menyifatkan Perikatan Nasional (PN) lebih mendominasi suasana, namun Perdana Menteri disifatkan lebih dekat di hati pengundi, apatah lagi beliau kerap memperjuangkan nasib rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai dasar berkaitan ekonomi.

Menurut beliau, rakyat mengiktiraf Anwar sebagai Perdana Menteri yang rajin bekerja.

"Sepanjang lapan bulan ini, saya mendapati rakyat melihat Anwar berhasil menaikkan imej positif negara di peringkat antarabangsa, dan ia turut mencakupi pertumbuhan ekonomi, pandangan dunia luar dan tanggapan mereka ke atas Malaysia.

"Walaupun pernah bergelar pembangkang, imej dibawa Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) ketika ini amat positif," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Dr Mazlan Ali - gambar fail
Dr Mazlan Ali - gambar fail

Jelas Mazlan, populariti dan karisma Perdana Menteri tidak hanya terhad kepada negeri dikuasai PH kerana ia turut dirasai di kawasan lain malah, berdasakan kajian yang pernah dilakukannya, Anwar juga dilihat sebaris dengan populariti Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

"Di Kedah beliau popular, walaupun pada masa sama Sanusi juga popular. Jadi Anwar ini dia dah merentas kaum, merentas negeri dan beliau dilihat sebagai perdana menteri yang digemari oleh rakyat dalam mana-mana kaji selidik yang kita buat," katanya.

Mazlan bagaimanapun mengakui, sukar untuk meramalkan sokongan pengundi ke atas PH di negeri yang dinaungi PN.

"Saya tidak berani mengatakan Anwar boleh menawan Kedah atau Terengganu kerana data kajian menunjukkan, dari sokongan melibatkan isu tempatan masih memihak kepada PN.

"Di Kedah dan Terengganu nampak seperti masih ada lagi gelombang hijau itu, tetapi bila kita tanya mengenai Anwar Ibrahim, mereka jujur mengatakan bahawa Perdana Menteri memberikan sesuatu buat Malaysia, berbeza dengan Perdana Menteri sebelum dia. Jadi (ada) nampak (unsur) positif di situ (bahawa) aura dia itu (memang) hebat," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, parti penyandang biasanya mempunyai kelebihan pada setiap pilihan raya, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - gambar fail
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - gambar fail

"Cuma bagi saya ada kelebihan pada pihak penyandanglah. Sebagai contoh di Selangor, memang sudah PH yang memerintah jadi orang dah biasa dengan kerajaan yang mentadbir, jadi mereka akan cenderung untuk memilih PH juga.

"Sama seperti di Kelantan, mereka sudah biasa dengan PAS mungkin akan ada kecenderungan memilih PAS," katanya.

Meski begitu, beliau tidak menolak kemungkinan PN gagal meraih kemenangan besar khususnya daripada pengundi Melayu seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu.

Katanya, perubahan dijangka berlaku yang mampu mengubah dominasi gelombang hijau, susulan kehadiran Barisan Nasional sebagai antara penentang blok berkenaan.

"Macam dulu jelas PRU nampak 65 peratus undi cenderung ke arah PN , kali ini, PN pembangkang. Kalau ada orang yang cenderung untuk mengundi parti yang berasaskan kerajaan, maka undi akan berubah. 

"Akan ada Melayu yang akan beralih arah sokongan, cuma saya tak boleh nak agak berapa banyak. Keputusan yang sebelum ini perpecahan yang akan besar, tetapi kali ini agak berubah,” katanya.

 Mengulas lanjut Azizuddin berkata, bilangan pengundi yang menyokong PN mungkin tidak seramai dahulu.

Sokongan rakyat di negeri yang dikuasai PN masih sukar diramal - gambar fail
Sokongan rakyat di negeri yang dikuasai PN masih sukar diramal - gambar fail

“Mungkin ada ramai yang balik semula menyokong BN, untuk beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.

PRN kali ini merupakan pilihan raya pertama buat Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Kajian oleh Ilham Centre April lalu mendapati, populariti dan pengaruh Anwar merupakan faktor utama kestabilan Kerajaan Perpaduan masih mampu dikekalkan.

Menurut kajian itu,  75 peratus daripada lebih 800 responden menaruh harapan tinggi terhadap beliau untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. - Getaran, 6 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pemilihan CEC: DAP Tiup Angin Baharu, Lebih Terbuka Dan Inklusif

3

Politik 1 tahun yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad