Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Segalanya Sudah Terjawab, Johan Dan Fizi Ali Sah Sertai Hot FM

Kedua-dua penyampai baru Hot FM ini akan memulakan tugas bermula 2 Ogos ini di mana Johan akan mengendalikan segmen pagi dan Fizi Ali segmen petang.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 12:16PM

Johan dan Fizi Ali bersama CEO Media Prima Audio, Nazri Noran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya spekulasi yang bertebaran selama ini mengenai pemindahan dua penyampai radio popular iaitu Johan dan Fizi Ali ke stesen radio Hot FM menjadi kenyataan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Hot FM, pihak stesen radio ini telah mengesahkan bahawa kedua-dua penyampai radio dari Era FM dan Suria FM itu kini bakal memulakan tugas baharu di konti mereka. 

Bermula 2 Ogos 2022, Selasa, Hot FM akan tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaharu Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali, pastinya akan memberikan satu impak dan kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

Gandingan trio terbaharu yang bakal menghangatkan pagi anda adalah Johan, Fara Fauzana dan AG yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. 

Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, ia mampu memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama dari sudut pengisian dan kandungan segmen  yang lebih segar bersulam komedi yang melucuka serta celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar. 

Duo terbaharu yang lebih macho dan mantap akan mengendalikan segmen petang dengan pengisian yang lebih fresh mengenai cerita-cerita hangat masa kini serta menjadi geng drama pendengar untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3. 

Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan gandingan terbaharu Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula jam 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat. 

Sementara itu, Johan menerusi hantaran di Instagram miliknya berkata, dia bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk menjadi penyampai radio biarpun di stesen yang baharu. 

“Rezeki Allah datang dengan pelbagai cara, yang pasti usaha, doa, tawakal dan reda atas setiap ujian-Nya. Allah uji dengan kesedihan dan kami reda. Maka Allah ganti dengan yang baru. 

Syukur pada Allah, masih ada yang hargai. Terima kasih kepada semua bos yang masih menghargai saya dan percaya pada khidmat saya,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.

Segmen malam iaitu Hot Flix pula masih dikendalika Imran Aqil yang ia kekal memfokuskan pendengar generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’.

Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Jika sebelum ini Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, tagline terbaharu yang diperkenalkan mereka adalah Yang Hangat dan Terbaik.

Perubahan tagline ini dibuat kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari masa ke semasa.

Komponen daripada tagline ini juga dilihat berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat Hot FM. 

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura berkata,  pertukaran tagline ini adalah salah satu strategi untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat stesen radio tersebut. 

“Bahkan, ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini,” katanya. 

Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di Semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM dengan pelbagai aktiviti, antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Kembali Berpengaruh, Hot FM Raih Semula Kedudukan 3 Stesen Radio Melayu Teratas Negara

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Khairy Mulakan Dunia Baharu, ‘Saya Tak Nak Orang Lupa Saya’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'