web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Walaupun Hati Disakiti, Anda Perlu Berkompromi Untuk Keamanan Anda Sendiri “- Yana 

Lagu Hati ini menghuraikan perasaan seseorang yang berasa ragu, tidak tenteram dan pelbagai duka yang dilalui seseorang. Yana bercakap pasal siapa? 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 10:47AM

Yana dan Yonnyboii - Gambar ihsan Universal Music

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bercakap soal hati, bukanlah bermaksud Shalma Eliana Bruhanutheen, 22, yang kini hanya ingin dikenali sebagai Yana mahu mengaitkan pengalaman cintanya bersama bekas kekasih  iaitu penyanyi Ismail Izzani. 

Sebaliknya, ia adalah sebuah luahan hati secara umum untuk perjalanan cerita single terbaharunya berjudul Hati ciptaan bersama rakan baiknya Yonnyboii. 

Mesej yang ingin diutarakan Yana di dalam lagu bergenre R&B dan reggaeton ini adalah menghargai setiap saat yang dilalui bersama seseorang meskipun pernah disakiti.

Gambar ihsan Universal Music
Gambar ihsan Universal Music

“Lagu Hati ini menghuraikan perasaan seseorang yang berasa ragu, tidak tenteram dan pelbagai duka yang dilalui seseorang. 

“Lagu ini juga menerangkan dan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak pernah mencuba untuk menjaga hati individu lain. 

“Dengan harapan khalayak ramai akan memahami dan menjadi lebih peka dan sensitif menjaga hati mereka yang lain.

“Namun mesej utama yang ingin diketengahkan adalah  berkompromi untuk seseorang yang sudah menyakiti anda, tetapi anda tahu mereka banyak memikirkan anda dalam hidup dan anda menghargai setiap saat ini. 

“Walaupun disakiti, anda berkompromi untuk keamanan anda sendiri dan sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Yana berkata, dia menulis lagu ini di tempat Yonnyboii. 

Gambar ihsan Universal Music
Gambar ihsan Universal Music

“Saya masih ingat dia mula menulis lagu ini kemudian saya memutuskan untuk menulis bahagian saya kerana saya akan dapat mengaitkannya dengan lebih lanjut.  

“Penulisan lagu  lancar  kerana  saya  dan  Yonnyboii duduk  bersama  dan  melihat  apa  yang paling sesuai.

“Gabungan idea dalam menghasilkan lagu ini memberikan  satu  lagi  sentuhan  segar  agar hasilnya  nanti  bukan  saja sedap  didengar,  tapi  juga  mampu  menarik  perhatian  pencinta  muzik tempatan dan peminat,” katanya.

Tidak hanya berkolaborasi bersama, Yana menyifatkan  bekerjasama  dengan  Yonnyboii adalah pengalaman yang cukup berharga.

Gambar ihsan Universal Music
Gambar ihsan Universal Music

“Proses merakam lagu ini agak menarik. Saya masih ingat  saat memasuki  rumahnya  dan  dia  terus cakap 'Yana record'. Bahagian korus lagu ini adalah sesuatu yang mengujakan. 

“Pada saya, Yonnyboii sentiasa   menjadi   sahabat   saya, dan keserasian   kami ada saat bekerjasama. Dia membimbing saya dengan memberikan pandangan dan pendapat peribadinya. 

“Kami juga punya kesepakatan dan sentiasa bersetuju mengenai lagu macam mana yang ingin dihasilkan,” katanya.

Yonnyboii pula menyifatkan bekerjasama dengan Yana menerusi lagu Hati ini sesuatu yang menyeronokkan.

“Yana memang sudah lama berkawan dengan saya.  Jadi,pembikinan  lagu  ni  agak  santai  dan semestinya  seronok. 

“Dan bahagian korus yang dinyanyikan Yana adalah dari ‘first take ’nyanyiannya. Yana sampai sahaja ke pintu studio kami, kami terus terjah Yana untuk rakam lirik yang kami sudah ditulis.

“Bagi saya, cabaran yang Yana dan saya hadapi adalah penukaran ‘verse’, vokal dan ‘flow’ kerana lagu ini sebenarnya sudah siap tetapi kami susun semula untuk menjadi satu ‘arrangement’ baru,” katanya. 

Lagu Hati ini turut  mendapat  sentuhan  Adam  Eiman,  Freddie  Laut  dan  Adam  Luqman  selaku penerbit  dan  Adam Eiman, Freddie Laut, Adam Luqman turut bertindak sebagai ‘arranger’ bersama Yonniboii. 

Single Hati boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer  dan  YouTube  Music  sejak 22  Julai,  manakala  lirik  videonya  pula boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia. - Getaran, 27 Julai 2022



 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN