web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persembahan Jalanan Sambut Peserta Berjalan Teguh Bersama

Terdapat lima check point utama di sepanjang laluan Dataran Putra, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Monumen Alaf Baru, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan terakhir di Istana Kehakiman.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 2:12PM

Persembahan jalanan termasuk hiburan jalanan bakal menyambut peserta program Berjalan Teguh Bersama Sabtu ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan jalanan termasuk hiburan jalanan, pancaragam dan persembahan tradisional akan menyambut peserta Berjalan Teguh Bersama di setiap check point ditetapkan di sepanjang laluan 2.7 kilometer dari Dataran Putra ke Istana Kehakiman, Sabtu ini.

Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia Datuk E Sivabalan berkata terdapat lima check point utama di sepanjang laluan Dataran Putra, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Monumen Alaf Baru, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan terakhir di Istana Kehakiman.

Gambar ihsan Bernama
Gambar ihsan Bernama

Beliau berkata pelepasan peserta Berjalan Teguh Bersama di Dataran Putra akan diiringi kumpulan pancaragam sekolah.

Katanya, di persimpangan lampu isyarat KWP berlangsung Persembahan Gema Orang Asal oleh Kumpulan Bah Bola Suku Semai, sementara di Monumen Alaf Baru diedarkan minuman air madu kelulut serta persembahan irama Borneo secara Infiesta Infobusking oleh Kumpulan Pentarama Sabah.

”Di persimpangan hadapan Lobi Menara Tulus akan berlangsung persembahan pancaragam oleh pelajar sekolah dan di dataran hadapan Menara Tulus dan Menara Ikhlas pula ada Persembahan Infiesta Infobusking oleh Kumpulan Pentarama Sarawak dengan seleksi patriotik,” katanya kepada Bernama.

Sebaik tiba di garisan penamat di hadapan Istana Kehakiman, para peserta Berjalan Teguh Bersama disambut dengan paluan muzik Pergendangan Malaysia dari pelbagai kaum oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Program Berjalan Teguh Bersama diadakan bersempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dan dianggarkan lebih 10,000 Keluarga Malaysia akan menyertai aktiviti berjalan kaki bersama pemimpin negara.

Program berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga itu membawa mesej semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia adalah satu daripada inisiatif bagi mendokong aspirasi Keluarga Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus, Sivasangari Dipilih Bawa Jalur Gemilang di Sukan Asia

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Jahit Jalur Gemilang Gergasi Jadi Kebanggaan 'Tailor Deen'

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN