web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jahit Jalur Gemilang Gergasi Jadi Kebanggaan 'Tailor Deen'

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 5:19PM

Kamaruddin Samudin dan rakannya, Syahmi Ismail (kiri) khusyuk menjahit Jalur Gemilang Gergasi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Diamanahkan untuk menjahit Jalur Gemilang gergasi ternyata bukan sahaja mencetuskan perasaan bangga malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam jiwa Kamaruddin Samudin, 52, atau ‘Tailor Deen’, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ke-66.

Kamaruddin yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jahitan berkata bendera gergasi berukuran kira-kira 12 meter panjang dan 6 meter lebar itu dihasilkan untuk kegunaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 17RK1 di sini. 

Berkongsi pengalaman, beliau mengakui tugas menghasilkan bendera gergasi itu agak rumit kerana perlu dilakukan secara teliti terutama pada bahagian anak bulan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang pecah 14.

“Saya ada teknik dan ukuran tertentu untuk pastikan kedudukan anak bulan dan bintang adalah sama. Rujukan dan ukuran saya dapatkan daripada bendera kecil...ini yang rumit dan perlu cermat.

“Setiap jarak antara jalur juga perlu sekata dan sama kerana saya tidak mahu orang lihat ada yang tidak kena dengan bendera gergasi yang dihasilkan. Ini bendera Malaysia dan saya jahit dengan sepenuh hati agar dapat bangkitkan semangat patriotisme kepada semua,” katanya kepada Bernama. 

Kamaruddin berkata beliau yang dibantu rakannya Syahmi Ismail, 45, mengambil masa lebih dua hari untuk menyiapkan bendera gergasi itu, yang bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Perumahan Penjawat Awam 17RK1 berkenaan. 

Katanya kain yang digunakan untuk menghasilkan Jalur Gemilang gergasi itu juga berkualiti tinggi bagi memastikan ia tahan lama dan tidak cepat koyak kerana bendera itu akan terus digunakan pada tahun akan datang.

“Jika dibeli atau dihasilkan oleh tukang jahit lain harga bendera gergasi ini mungkin lebih RM500, tetapi saya tidak ambil upah apa-apa dan kos kain pula ditanggung sepenuhnya oleh KRT 17RK1,” katanya yang mengambil upah menjahit di rumahnya di Presint 17 di sini. 

Menurutnya bagi memastikan bendera gergasi itu dapat disiapkan dengan baik dan sempurna, beliau sanggup menolak beberapa tempahan untuk menjahit pakaian serta tanjak merdeka daripada pelanggan.

“Banyak permintaan tetapi saya mahu fokus untuk hasilkan bendera gergasi. Ini kali kedua saya hasilkan bendera seumpama ini kerana pada 2020 saya ada buat tetapi ia sedikit kecil berbanding yang dihasilkan tahun ini,” katanya yang belajar menjahit daripada ibu bapanya. 

Sementara itu, Syahmi berkata beliau bersemangat membantu Kamaruddin menghasilkan Jalur Gemilang gergasi kerana mahu turut membuktikan perasaan cintanya kepada negara.  

“Saya bantu pegang dan gerakkan kain bendera untuk dijahit kerana ia berat. Memang sukar kalau jahit seorang diri dan hasil kerja keras itu, kami dapat siapkan bendera gergasi untuk KRT 17RK1,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus, Sivasangari Dipilih Bawa Jalur Gemilang di Sukan Asia

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Rangka Program Memperingati Jasa Tun Dr Ismail

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan