web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasa Tak Menipu – Hazama  

Penyanyi pop rock bersuara unik Hazama tampil dengan sebuah lagi karya yang tidak kurang menarik. Mempertaruhkan lagu berjudul Rasa Tak Menipu ciptaan penuh Ajai, lagu ini sebenarnya mengingatkan saya kepada lagu-lagu kumpulan rock senior seperti Wings dan Search. Lagunya bermula dengan perlahan dan sedikit demi sedikit memuncak mencapai momentum. Sungguhpun begitu, korusnya bukanlah seperti korus lagu umum yang menuntut penyanyinya untuk menjerit atau menyanyi menyentuh not yang tinggi, tapi cukup dengan susunan muzik rock yang sesuai namun tetap menghiburkan. Ulangan kata-kata di korus mampu membantu membuat lagu ini lebih mudah diingati apatah lagi dengan promosi selayaknya.   

Hidup – 22Band 

Kumpulan bergelar 22Band mempersembahkan sebuah karya berjudul Hidup. Lagu yang berentak rock moden ini pada saya agak menarik kerana iramanya mudah diingati. Rentak lagu ini boleh dikatakan agak ‘catchy’, malah gaya muzik mereka kadang mengingatkan saya pada kumpulan Klangit yang pernah popular satu ketika dahulu. Dicipta oleh Ijan, Apis, Bun, Reen, dan Eqmal serta lirik oleh Apis, sejujurnya lagu ini mempunyai potensi yang besar jika diberi promosi yang wajar. Muziknya pada saya boleh memikat pencinta genre pop rock dan juga peminat rock umum. Satu cubaan yang baik dan moga mereka boleh hasilkan lebih banyak karya seperti ini.

Bahagiakan Dia – Liza Hanim dan Shila Amzah 

Antara dua vokalis terbaik Malaysia, Liza Hanim dan Shila Amzah bergabung menghasilkan satu karya muzik yang hebat. Lagu berjudul Bahagiakan Dia ini merupakan sebuah balada pop yang meruntun jiwa. Dicipta oleh Aliff Iskandar dengan lirik sentuhan Aliff sendiri bersama Que Afiq, lagu ini mempunyai harapan menjadi lagu yang disukai ramai. Ini kerana ia menepati citarasa pendengar muzik pop Melayu yang pasti terpaut dengan cara nyanyian mereka selain muzik yang mudah dihayati. Kini dijadikan runut bunyi untuk sebuah siri drama, tidak mustahil jika lagu ini berjaya tercalon dalam anugerah-anugerah muzik yang ada. 

Sudah – Hamm Yunus

Nampaknya minggu ini segmen ulasan kami meriah dengan lagu-lagu Rock. Dari Brunei Darussalam, seorang lagi penyanyi bernama Hamm Yunus mencuba nasib dengan sebuah lagu pop rock berjudul Sudah. Lagu ciptaan penuh Ezueone ini pula mengingatkan saya pada lagu-lagu rock Melayu yang kerap kita dengar. Iramanya yang mendayu-dayu ada bayangan karya-karya rock dari tahun hujung 90-an dahulu. Oleh kerana itu, saya rasa ia kurang menonjol dan lagu ini perlu bersaing dengan banyak lagu lain yang membawa genre muzik serupa. Semoga cubaan Hamm selepas ini lebih berani dan menonjol berbanding apa yang dipersembahkan kali ini.

 

Pelindungimu – Ashidy Ridwan 

Sekali lagi Ashidy Ridwan muncul dengan sebuah karya R & B yang menarik dan sangat sedap didengar. Diberi nama ‘Pelindungimu’ lagu ciptaan Ashidy ini seperti biasa tidak menghampakan. Lengkap segala unsur yang diperlukan dalam sebuah lagu R & B, ia juga lebih menarik kerana lagunya pendek sahaja. Sungguhpun kurang daripada tiga minit, saya yakin karya ini mampu mencuri perhatian pendengar berkat suara hebat Ashidy dan juga alunan muziknya yang tepat. Kini menjadi runut bunyi untuk sebuah drama bersiri Bahasa Melayu di Singapura, lagu ini punya harapan jika diberikan putaran yang lebih meluas di negara-negara serumpun. Syabas Ashidy! - Getaran, 13 Julai 2022.

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN