web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Tercinta Cipta Lagu Terpatri Di Hati Buat Yuka Kharisma 

Yuka berkata, dia sudah lama mendambakan sebuah lagu power ballad yang bertema klasik seperti Terpatri Di Hati. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 10:22AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi kelahiran Acheh Indonesia, Yuka Kharisma  yang sudah  menetap di Malaysia sejak 2016 dan kini meneruskan kerjaya nyanyiannya di negara ini, tampil dengan lagu terbaharu bergenre pop balada berjudul Terpatri Dihati. 

Menariknya, lagu ini adalah ciptaan daripada suami tercintanya, Ahmad Jeffny Kamar dan diterbitkan di bawah label Rocketfuel Entertainment. 

“Idea disebalik lagu ini datangnya dari suami saya, beliaulah yang bertanggungjawab menulis lirik dan mencipta komposisinya.

“Sudah lama saya mendambakan sebuah lagu power ballad yang bertemakan klasik, jadi apabila mendengarkan demonya buat pertama kali, hati terus terpaut,” jelasnya. 

Menurut Yuka lagu, Terpatri Dihati sebenarnya menceritakan tentang kisah kesetiaan seseorang dalam perhubungan yang melampaui batas atau tidak bersempadan sehingga tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Yuka sudah lama mendambakan sebuah lagu power ballad yang bertemakan klasik.
Yuka sudah lama mendambakan sebuah lagu power ballad yang bertemakan klasik.

“Ibarat seperti seseorang yang tidak boleh move on selepas hubungan berakhirnya, “tuturnya. 

Proses pembikinan single tersebut mengambil masa hampir satu bulan lamanya untuk disiapkan kerana Yuka ingin mengetengahkan gubahan instrumen yang ‘organik’ daripada pemuzik-pemuzik profesional tanah air. 

“Proses rakaman vokal bagi lagu ini telah dirakamkan di Studio RMP, Damansara Perdana dan betapa bahagianya saya kerana teman pencipta lagu adalah suami sendiri. 

“Kami memang kami cukup serasi bekerjasama, baik dalam penciptaan lagu mahupun ketika beraksi di pentas,” jelasnya. 

Bercerita mengenai video muzik (MV) Terpatri Dihati, Yuka berkata, ia mengenai sepasang kekasih yang saling mencintai, namun tiba-tiba lelaki tersebut menghilang tanpa berita begitu sahaja.

“Sekian masa berlalu, tiba-tiba pada suatu hari, tanpa sengaja wanita itu melihat lelaki tersebut bahagia bersama wanita lain, dan mengapa lelaki tersebut menghilang sedangkan cinta masih ada? 

“Oleh itu, nantikan kesudahan di MV-nya nanti!,” kata Yuka dengan mood mahu berteka-teki. 

Selain sibuk menyiapkan proses rakaman single lagu baharunya ini, Yuka juga masih sempat mencuri waktu untuk menghasilkan lagu buat beberapa rakan penyanyi di Malaysia termasuk Ernie Zakri. 

“Saya sememangnya cintakan muzik, dan muzik ciptaan saya adalah berpaksikan pengalaman sendiri dan ‘tentang rasa’ saya.

“Sebagai pengkarya, muzik adalah medium buat saya untuk mengekspresikan diri sambil menghiburkan pendengar melalui penceritaan muzikal saya.

“Saya menikmati setiap proses pembikinan muzik selain dapat belajar dan bekerjasama dengan pemuzik hebat tempatan dan juga luar negara,” katanya. 

Proses pembikinan single ini mengambil masa hampir satu bulan.
Proses pembikinan single ini mengambil masa hampir satu bulan.

Sebagaimana yang diketahui umum, Yuka memilih untuk menetap di Malaysia semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. 

“Malaysia kini sudah menjadi rumah pertama saya. Selain menemukan cinta sejati di sini, saya juga jatuh cinta pada makanan dan buah-buahan di Malaysia terutamanya buah durian! Dan pada saya buah durian di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

“Selain itu di Malaysia juga mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik dikunjungi seperti Melaka, Cameron Highlands, Pulau Pinang, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan banyak lagi,” katanya. 

Lagu ‘Terpatri Dihati’ boleh dimuat turun di iTunes, Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala MV single ini boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network. Getaran, 8 Julai 2022. 

Gambar: Rocketfule Entertainment 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN