web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 9:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terpatri Di Hati – Yuka Kharisma  

Penyanyi Indonesia yang berpangkalan di Malaysia, Yuka Kharisma muncul dengan sebuah lagi balada indah berjudul ‘Terpatri Di Hati’ ciptaan suaminya sendiri iaitu Ahmad Jeffny. Sekali mendengar lagu ini sahaja saya sudah dapat membayangkannya menghiasi runut bunyi siri drama televisyen tempatan. Suara Yuka yang memang luar biasa menyatu dengan melodi lagu ini dengan begitu baik. Malah Yuka mengambil kesempatan menunjukkan kemampuan julat suaranya saat tiba di korus dan bridge lagu ini. Lagu ini jelas mempunyai harapan untuk menjadi popular jika diberi putaran radio yang wajar. Semoga Yuka tidak berhenti berkarya dan terus memberikan yang terbaik buat dunia muzik serantau.  

Padamu - Fattah Amin

Sebuah lagu ketuhanan yang agak mudah dan menyenangkan menjadi persembahan terbaharu pelakon dan penyanyi popular Fattah Amin. Lagu ‘Padamu’ ciptaan Ikhwan Fatanna & Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan ini nampaknya digubah dengan baik bersesuaian dengan kemampuan suara Fattah. Lagu yang bertujuan mengingatkan dan menasihati untuk bersyukur pada Tuhan ini juga pada saya menepati kriteria sebuah lagu berunsur kerohanian dan nasihat. Ia tidak menuntut vokal yang berlebihan malah melodinya cukup buat melengkapkan karya ini.  

Bintang – Siqma featuring Afif Tirmizie

Lagu ini dibuka dengan korus yang baik dendangan Afif Tirmizie. Ia kemudian dilengkapkan dengan nyanyian rap Siqma yang sememangnya sedang mula mencipta nama dalam industri hip hop tempatan. Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh Siqma dan Kmy Kmo, lagu ini juga mempunyai potensi untuk menjadi sebuah lagu popular jika dipasarkan dengan baik. Tidak dinafikan, karya hip hop kerap memerlukan korus yang padu kerana bahagian tersebut biasanya akan diingati para pendengar. Walau bagaimana pun lirik serta gaya nyanyian rap juga perlu untuk memperkukuhkan sebuah lagu hip hop. Dan saya tidak menafikan bahawa Siqma memang mempunyai gaya rap yang bagus dan kadang mengingatkan saya pada mentornya Malique. Dengan suara merdu Afif dan nyanyian rap Siqma lagu ini wajar diberi pujian.

Menunggu– Syaz Smooth

   

Penyanyi muda kelahiran Singapura Syaz Smooth muncul dengan karya terbaharunya dan berbanding apa yang pernah dipersembahkan dahulu, lagu baharu ini yang berjudul ‘Menunggu’ nampaknya jauh lebih sesuai dengan suara, gaya, serta imejnya. Berkonsep R & B lagu ini lebih moden dan susunan muziknya sangat kena dengan jiwa Syaz. Dicipta sepenuhnya oleh Syaz Smooth dan Flightsch lagu ini ada nuansa lagu-lagu antarabangsa seperti Justin Bieber, Arianna Grande dan seumpamanya. Satu cubaan yang sangat baik oleh Syaz dan saya yakin jika dia meneruskan dengan genre seperti ini dia boleh pergi lebih jauh.

Bahtera – Zirah Jamal 

    

Karya pilihan saya dari Brunei Darussalam minggu ini merupakan sebuah lagu yang berentak moden nyanyian Zirah Jamal. Dicipta oleh Hanif Iqbal dan Nazmo Mahali lagu ini mempunyai rentak yang menghiburkan dan susunan muzik kontemporari. Sama sekali tidak membosankan, suara penyanyinya Zirah Jamal juga sedap didengar dan sesuai dengan gubahan melodi karya ini. Korusnya mudah dan senang diingati, malah adunan instrumen dalam lagu ini kena pada setiap babak lagu. Tidak perlu mencuba berlebihan, lagu ini juga berpotensi menjadi kegemaran ramai jika diberi peluang di ruang udara muzik serantau. - Getaran, 22 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Logo Hari Kebangsaan PN Jadi Bahan Lawak, ‘2 Bucu Tambahan Tu Apa Benda?’ 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN