web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 12:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Tragedi’ – Amira Othman

Secara peribadi saya memang meminati suara Amira Othman kerana ada sesuatu yang segar dalam nada suaranya. Biarpun kadang mengingatkan saya kepada vokalis-vokalis lagu Melayu lama yang lebih senior namun dia ada identiti tersendiri. Dalam 'Tragedi' Amira diberi peluang untuk menghiasi irama ciptaan komposer tersohor Sharon Paul dengan lirik nukilannya sendiri. Malah lagu yang dijadikan runut bunyi asli drama bersiri 'Malaysian Ghost Stories' ini tidak dinafikan merdu dan sedap didengar. Cuma saya tidak puas dengan korusnya kerana ia seolah-olah bersembunyi secara samar dengan verse lagu ini. Walau bagaimanapun, jika anda peminat suara Amira Othman anda pasti akan menyukai balada ini. 

 

‘Melihatmu Bahagia’ - Yuka Kharisma

Yuka Kharisma sebenarnya bukanlah nama baharu dalam industri muzik tempatan kerana wanita kelahiran Indonesia ini sudah hampir sedekad cuba bertapak dalam arena seni suara di Malaysia. Dianugerahkan dengan vokal yang luar biasa, Yuka sudah pernah mengeluarkan beberapa single dan juga sebuah album penuh sebelum ini. Terbaharu Yuka tampil dengan karya ciptaannya sendiri bersama suaminya, Ahmad Jeffny lewat lagu yang berjudul 'Melihatmu Bahagia'. Lagu ini memberi ruang kepada Yuka untuk bermain dengan nada vokalnya yang unik. Melodi lagunya juga tidak rumit dan mudah masuk dengan suaranya. Namun, lagu ini mungkin memerlukan putaran radio yang lebih tinggi untuk menjadi popular. Apapun, syabas buat Yuka kerana berjaya menghasilkan sebuah lagu yang merdu.

 

‘Payung Pelangi’ -  MK dan Noki

Sedap! Setiap kali mana-mana anggota kumpulan K-Clique tampil dengan buah tangan baharu, ia pasti tidak akan menghampakan. Dan 'Payung Pelangi' ini merupakan satu lagi bukti kehebatan mereka dalam berkarya. Namun begitu lagu ini hanya menampilkan dua ahli kumpulan hip hop tersebut iaitu Noki dan MK. Malah, lagu ini dicipta dan ditulis oleh mereka berdua dan ia benar-benar menghiburkan. Dengan untaian lirik yang hebat di samping susunan muzik yang mantap, 'Payung Pelangi' utuh menyampaikan mesej tentang tekad usaha untuk berjaya. Metafora pelangi yang hanya akan muncul selepas hujan berjaya diketengahkan dengan begitu baik oleh dua sahabat ini. Memang wajar diberi perhatian dan tidak mengejutkan jika lagu ini bakal tersenarai sebagai salah satu lagu hit di radio dan TV! Syabas MK dan Noki! 

 

‘Terbang’ - Seven Sundays

Sebuah karya rock yang wajar diberi pujian kerana kualiti muziknya yang baik. Biarpun ia mengingatkan saya kepada band-band indie seperti Hujan dan juga Pesawat, saya rasa kumpulan ini ada potensi untuk pergi lebih jauh. Kadang persamaan dianggap meniru namun Seven Sundays cuba menampilkan sesuatu yang berbeza dengan cara mereka sendiri. Namun mereka mungkin tidak dapat lari daripada terpengaruh dengan kumpulan lebih senior yang terdahulu tampil dengan karya sedemikian. Sekurang-kurangnya karya berjudul 'Terbang' ini bukan lagu ‘rock kapak’ atau lagu ‘tangkap leleh’ dan membosankan. Kelainan pada muzik mereka memberikan sinar harapan untuk menjadi kugiran yang tersendiri. Moga mereka akan tampil dengan karya yang lebih hebat selepas ini.

 

‘Sendiri’ - Dayat Ahim

Lagu ini mungkin bukanlah baru buat para pencinta muzik Brunei tapi buat anda di luar Brunei ini mungkin pertama kali mendengarnya. Lagu yang bertajuk 'Sendiri' nyanyian Dayat Ahim ini pada saya sangat bagus ciptaannya dan saya gembira dapat mendengarnya selepas dihubungi oleh penyanyinya sendiri. Malah, jujur saya katakan ia lagu kegemaran saya dalam ulasan minggu ini. Pujian tersebut saya berikan kerana ia benar-benar berbeza dengan lagu-lagu Melayu yang sering disuakan kepada kita lewat corong radio tempatan. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa karya ini sangat unik berkat susunan muziknya yang lari dari kebiasaan. Lebih menarik, ia disuntik bunyian akordion yang memberikannya sedikit nuansa Perancis untuk membezakannya dengan lagu-lagu lain. Saya sangat berharap lagu ini boleh mendapat perhatian pendengar muzik Malaysia kerana ini bukti Brunei Darussalam memang lubuk harta bakat muzik nusantara yang tersembunyi. Syabas Dayat! - Getaran, 15 September 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN