web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 9:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Tentang Rasa' - Yuka Kharisma

Sebuah lagi karya indah daripada Yuka Kharisma, penyanyi kelahiran Indonesia yang sudah lama bermastautin di Malaysia. Lagu terbaharunya yang berjudul 'Tentang Rasa' ini sangat menenangkan dan sememangnya sesuai menjadi lagu perkahwinan. Dicipta dan ditulis oleh suami Yuka sendiri, iaitu Ahmad Jeffny, lagu ini tetap menjadikan vokal luar biasa Yuka sebagai ‘senjata’ utama keseluruhan melodi. Biarpun verse dan korusnya mempunyai bayangan irama yang agak mirip namun suara merdu Yuka akan membuat pendengar terbuai dengan lena. 

'Janji Sampai Mati' - Hasif Upin  

Lagu dendangan Hasif Upin ini dicipta dan ditulis oleh gabungan adik-beradik berbakat Aizat Amdan dan Anas Amdan bersama Mel Ramlan. Ia mempunyai segala rencah untuk sebuah balada Melayu yang baik berkat melodinya yang mudah dan lirik berkias cinta. Lebih menarik Hasif mempunyai suara yang hebat. Vokalnya yang serak-serak basah kadang mengingatkan saya kepada suara penyanyi Indonesia Cakra Khan. Lebih-lebih lagi sewaktu laungan korus dan juga bridge lagu ini. Malah karya ini turut dijadikan runut bunyi asli drama 'I Promise, Janji Anaqi' yang sememangnya sangat sesuai dengan konsep iramanya. Satu pengenalan yang baik buat Hasif dan moga karyanya selepas ini akan lebih hebat lagi. 

 

'High Land' - Boi Tasik, MDA & Zynakal

Karya hip hop terus memeriahkan industri muzik Malaysia dengan lagu ini dendangan dan ciptaan penuh penyanyinya sendiri iaitu Boi Tasik, MDA serta Zynakal. Dari awal lagi rentak lagunya sudah mencuri perhatian saya kerana begitu rancak dan sarat dengan elemen hip hop serta R&B. Disulam dengan lirik Bahasa Malaysia dan Inggeris, lagu ini mempunyai kualiti seperti lagu-lagu hip hop antarabangsa dan mempunyai potensi yang besar jika diberi promosi yang wajar. Dengan hook yang mudah diingati serta korus mudah “malam ni naik Genting” yang boleh melekat di kepala, saya yakin lagu yang bercerita tentang satu malam di Genting Highlands ini akan membuat anda ingin turut serta bergoyang dan menikmati.

 

'Bahagia Tanpa Aku' - Fakhrul Razi

Wajah TARA pertama kami dari Brunei Darussalam dahulu, Fakhrul Razi kembali menggegar industri muzik serantau dengan karya terbaharunya yang berjudul 'Bahagia Tanpa Aku'. Dicipta dan ditulis oleh dirinya sendiri, 'Bahagia Tanpa Aku' pada saya adalah sebuah mahakarya yang indah. Fakhrul yang sememangnya terkenal sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu berbakat membuktikan kehebatannya sekali lagi lewat lagu penuh makna ini. Seperti biasa, lagunya ada nuansa lagu-lagu balada moden Indonesia gara-gara pengaruhnya yang banyak datang dari vokali-vokalis negara jiran tersebut. Kontemporari, merdu dan sangat menghiburkan, ini satu lagu Brunei Darussalam yang perlu ada dalam senarai main anda! Syabas Fakhrul kerana tidak pernah menghampakan.

 

'Tak Sayang, Hanya Dipuji' - Triple Noize (feat. Aishah & Marina Yusoff)

Lama juga saya tidak mendengar karya terbaharu daripada kumpulan hip hop dan R&B Singapura Triple Noize. Jadi, lagu terbaharu mereka ini yang berjudul 'Tak Sayang, Hanya Dipuji' merupakan sesuatu yang segar untuk dewasa kini. Menampilkan bintang undangan Aishah dan Marina Yusoff, lagu ini ada potensi kerana iramanya memang menghiburkan. Biarpun ada lirik Bahasa Inggeris yang diserapkan di dalam lagu ini, saya secara peribadi lebih menyukai Triple Noize kala beraksi dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun lagu ini tetap wajar diberi peluang kerana kualitinya yang baik dan setara dengan karya moden Melayu hari ini. - Getaran, 22 Disember 2021

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berbusana Serba Putih, Mizz Nina, Suami Pukau Tetamu Di Majlis Resepsi 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN