web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berbusana Serba Putih, Mizz Nina, Suami Pukau Tetamu Di Majlis Resepsi 

Mizz Nina pasangannya Essam yang merupakan penyanyi rap Amerika Syarikat dilihat mengenakan tema busana serba putih

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 2:50PM

Mizz Nina dan Essam bersama Musa - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagai pinang dibelah dua. Itulah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan pasangan mempelai,  penyanyi dan aktivis Mizz Nina serta suaminya, Essam Muhammad ketika di majlis resepsi mereka yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

@mizznina06 Kalau dah jodoh tak kemana? #mizznina #mizzninakahwin #mizz #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #masukfyp #fypage #foryoupage ♬ original sound - mizznina06

Menerusi hantaran di TikTok, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dan pasangannya yang juga penyanyi rap Amerika Syarikat itu dilihat mengenakan busana serba putih. 

Mizz Nina menerusi hantaran berkenaan turut melahirkan rasa gembira.

Jarang dilihat mengenakan alat solek, penampilan Mizz Nina benar-benar memukau
Jarang dilihat mengenakan alat solek, penampilan Mizz Nina benar-benar memukau

“Kalau dah jodoh tak ke mana,” katanya, ringkas.

Resepsi tersebut berlangsung tiga bulan selepas Mizz Nina mengumumkan pernikahannya dengan Essam melalui Instagram. 

Pada majlis berkenaan, Mizz Nina turut memberitahu, dia kali pertama mengenali Essam di sebuah festival pada 2015.

Majoriti netizen pada hantaran berkenaan turut meluahkan perasaan gembira di ruangan komen dan mendoakan si cantik berkulit hitam manis ini kekal bahagia.

“Alhamdulillah, selamat pengantin baru Mizz Nina dan hubby. Moga kekal bahagia hingga ke jannah, amin,” kata seorang peminat.

Malah ada juga yang membalas komen dengan berkata Nina mendapat jodoh yang sama genre dan rentak dalam industri muzik

“Alhamdulillah, tahniah. Seronok jadi suami isteri kalau satu frekuensi,” balas seorang lagi pengikutnya di TikTok.

Pada 15 Jun lalu, personaliti popular berusia 43 tahun itu berkongsi kegembiraan dengan mendedahkan status terbaharunya sebagai isteri kepada Essam. 

Mizz Nina sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 2011, tapi bercerai 4 Ogos tahun lepas. 

Kedua-dua mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki yang dikenali sebagai Musa. - Getaran, 5 September 2023

Semua gambar : Instagram @shafiradalina @ilizuhair

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mizz Nina Umum Sudah Berkahwin Dengan Essam Muhammad

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Tak Mahu Persiakan Masa Yang Allah Beri Dengan Bersedih”- Mizz Nina

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN