web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Tak Mahu Persiakan Masa Yang Allah Beri Dengan Bersedih”- Mizz Nina

Nina memuat naik gambar terkini bersiar-siar bersama-sama anaknya, Musa beberapa jam lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 8:00PM

Gambar Instagram @officialmizznina

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tenang. 

Itulah perkataan yang boleh menggambarkan kehidupan selebriti dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina setelah jodohnya bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selama 11 tahun bertemu noktah pengakhiran.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik gambar terkini bersiar-siar bersama-sama anaknya, Musa beberapa jam lalu. 

Dalam hantaran terkininya itu, Nina berterima kasih kepada semua yang mendoakannya dan berharap semoga Allah SWT akan membalas segala ucapan baik ini dengan kasih sayang-Nya di dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah, terima kasih untuk semua doa, kata-kata, galakan dan sokongan. Semoga Allah memberikan rahmat dan dan melimpahkan anda dengan kasih-sayang, cinta, berkat, perlindungan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah memaafkan anda, saya dan kita semua serta menjadikan kita lebih baik daripada apa yang orang perkatakan tentang kita,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Nina turut menegaskan akan mengisi kehidupannya selepas ini dengan perkara yang boleh membahagiakannya. Dia tidak mahu menyiakan usia yang diberikan Allah untuk terus tenggelam dalam kesedihan.

“Hidup diteruskan. Seorang guru saya baru-baru ini berkata kita perlu ada keyakinan, tawakal tak kiralah apa yang berlaku kepada kita dalam hidup ini. Dia tahu apa yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik. 

“Kita hanya perlu terus lakukan yang terbaik dan jangan tenggelam di dalam duka dan kesedihan dari masa lalu mahupun ketakutan di masa hadapan yang akan menyebabkan kita menjadi tidak aktif dan tidak produktif.

“Salah satu ketakutan terbesar saya ialah jika saya menyiakan masa yang Allah beri dengan tenggelam dalam kesedihan dan bukannya menggunakannya dengan hal-hal yang,” katanya.

Bukan itu sahaja, sebelum ini Nina turut mengingatkan orang ramai untuk selalu mendoakan yang terbaik kepada orang lain di samping memetik ayat al-Quran yang berkata setiap kesusahan akan ada kemudahan.

Terdahulu, Noh dan Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berbusana Serba Putih, Mizz Nina, Suami Pukau Tetamu Di Majlis Resepsi 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mizz Nina Umum Sudah Berkahwin Dengan Essam Muhammad

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN