web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RWMF Capai Sasaran Kehadiran 12,000 Pengunjung - Menteri Pelancongan Sarawak

92 peratus daripada pengunjung adalah rakyat tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dengan 41 negara menyertai festival itu secara fizikal.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 9:45AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 mencapai sasaran kehadiran 12,000 pengunjung, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Berpuas hati dengan angka itu, beliau berkata 92 peratus daripada pengunjung adalah rakyat tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dengan 41 negara menyertai festival itu secara fizikal.

(Dua dari kiri) Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. - Gambar fail Bernama
(Dua dari kiri) Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. - Gambar fail Bernama

“Pada hari pertama, kita mempunyai kira-kira 2,000 pengunjung, hari kedua sebanyak 7,000 dan hari ini 3,000 orang menghadiri festival ini. Saya tidak menjangkakan perkara ini tetapi ia mengejutkan saya, ramai datang ke Sarawak untuk menikmati persembahan ini. Lima pengunjung teratas yang hadir secara fizikal adalah dari Malaysia, Singapura, United Kingdom, Indonesia dan Australia,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini, Abdul Karim berkata antara negara yang terlibat ialah Sepanyol, Rusia, Jepun dan Brunei, manakala tiket maya untuk festival tiga hari itu kebanyakannya dijual ke negara seperti China, Australia, Amerika Syarikat dan Sweden.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bilangan pengunjung dari luar negara tidak begitu memberangsangkan kerana banyak negara masih melaksanakan kuarantin wajib dan ini menghalang orang ramai daripada melancong.

Gambar fail Bernama
Gambar fail Bernama

Bagaimanapun, Nancy berkata pihaknya yakin menjelang tahun depan, festival itu akan dapat menarik lebih ramai pengunjung luar negara kerana kementeriannya giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan termasuk RWMF sebagai satu daripada tarikan.

“Kita baru sahaja buka sempadan April lepas dan bermula Mei, SOP (prosedur operasi standard untuk kemasukan menerusi sempadan) lebih longgar dan ia mungkin SOP terbaik anda (pelancong) boleh dapatkan di dunia,” katanya.

Bertemakan ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, festival ikonik Sarawak yang bermula pada 17 hingga 19 Jun itu menampilkan pemuzik dari negara seperti China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN