web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Waja Perlu Jadi Mata Dan Telinga Komuniti - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 4:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING  - Skuad Waja harus menjadi mata serta telinga dalam komuniti terutamanya dalam isu keganasan terhadap wanita, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan dialami kerana takut kepada pelaku serta tekanan sosial daripada keluarga atau rakan.

Katanya kebanyakan kes keganasan dilakukan oleh individu dikenali mangsa, seperti suami, bekas suami atau teman lelaki dan banyak yang tidak dilaporkan akibat dianggap sebagai masalah keluarga atau peribadi.

"Oleh sebab itu, Skuad Waja perlu menjadi mata dan telinga kepada rakan-rakan dan jiran kita. Kita perlu peka sekiranya kita dengar jiran sebelah rumah bergaduh misalnya.

"Sebelum ini kita selalu dengar jangan jaga tepi kain orang tetapi sekarang kita perlu lakukan itu untuk membantu mereka yang memerlukan..ini bukan bermakna kita penyibuk," katanya semasa berucap pada program Semarak Skuad Waja Sarawak di sini, hari ini.

Skuad Waja merupakan inisiatif sukarelawan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memperkasakan komuniti dengan menyediakan bimbingan psikososial dan melaksanakan aktiviti komuniti.

Program ini merangkumi pelbagai aspek seperti kesejahteraan, kepimpinan, keselamatan dan ekonomi untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah terhadap wanita.

Sejak penubuhan Skuad Waja pada 2021 hingga Disember 2023, terdapat 329,221 ahli. Bagi negeri Sarawak sahaja, terdapat 2,919 ahli Skuad Waja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad