Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


"Perfect" Surat Cinta Sempurna, Ali Gatie

Ali mahu mengajak para pendengar untuk berpegang kepada sesuatu yang kita percaya dan mencintai. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun nama Ali Gatie masih terdengar asing bagi sesetengah orang, namun penyanyi ini telah berhasil mencatatkan namanya di tangga Billboard Hot 100 beberapa kali sejak kemunculannya dalam dunia muzik. 

Setelah berkongsi coretan lagunya di TikTok dan mendapat sambutan hangat dari para peminat, penyanyi ini akhirnya melancarkan single terbaharu berjudul "Perfect" secara rasmi. Ali berkesempatan bercerita tentang proses pembikinan single tersebut dalam sebuah wawancara bersama Getaran baru-baru ini.

“Saya memuat naik video lagu itu secara spontan dan tidak mengharapkan apapun. Tanpa disedari, video itu telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai pengguna TikTok. Sokongan dan dorongan mereka telah memberi semangat kepada saya untuk habiskan penulisan lagu tersebut,” katanya.

Menurut Ali, single ini mempunyai interpretasi yang luas dan tidak menceritakan tentang cinta sahaja. Ali melantunkan lirik lagu tersebut dengan perasaan yang mendalam malah pendengar dapat merasakan kata-kata yang dituangkan.

“Lagu paling senang untuk ditulis adalah yang membicarakan isi hati yang jujur. Semasa menulis lagu ini saya cuba mencari melodi piano yang serasi dengan apa yang dirasakan. 

“Saya cuba banyak latar muzik yang berbeza kerana ingin mencapai tahap kepuasan emosi ketika para pendengar memainkan lagu tersebut. Ini mungkin lagu yang paling sukar dan lama untuk disiapkan. Versi ini adalah versi yang kesepuluh.

“Setiap lagu yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi termasuklah perkara yang saya takut akan terjadi di masa hadapan.

“Dengan lagu ini, saya mahu mengajak para pendengar untuk berpegang kepada sesuatu yang kita percaya dan mencintai. Kadangkala, kita mudah menyerah pada sesuatu impian atau cinta tanpa berusaha sepenuhnya. 

“Jadi, saya ingin mengingatkan semua untuk memberi yang terbaik agar tidak menyesal pada kemudian hari nanti,” jelasnya.

Untuk pengetahuan semua, Ali Gatie merupakan anak kelahiran Kanada yang  berdarah Arab. Jadi dengan adanya campuran budaya, Ali ingin menampilkan sisinya yang unik dan tersendiri dalam karya-karyanya.  EP yang sebelumnya berjudul "The Idea of Her" turut menyajikan lagu-lagu yang mempunyai verse bahasa Arab.

“Saya mahu menyuntik budaya saya dalam karya-karya saya. Kali pertama saya menggunakan lirik berbahasa Arab adalah dalam lagu 'Cant Let You Go' malah turut 

menggabungkan petikan gitar oud dalam latar muzik. 

“Untuk lagu ini pula, ramai peminat meminta saya untuk menggunakan perkataan Arab. Walaupun saya tidak pernah mahu menjadi penyanyi Arab tetapi saya sedar inilah cara terbaik untuk menunjukkan keindahan budaya saya kepada dunia,” ujarnya. 

Tahun lepas, Ali telah mempertaruhkan kolaborasi muzik pertamanya bersama penyanyi Max buat lagu berjudul, ‘Butterflies’. Ketika ditanya mengapa Ali suka menghasilkan lagu bertemakan romance, dia berkata “Saya suka menulis lagu cinta kerana saya suka perasaan magis yang ia ciptakan. 

“Walaupun cinta tidak semestinya seperti apa yang kita lihat dalam filem atau drama, semua mesti pernah merasakan keindahannya, betul? Jadi, dengan itu ramai boleh berasa dekat dengan mesej yang disampaikan. 

“Ya, setiap orang mempunyai versi cinta sempurna yang sendiri. Justeru itu, ia sangat penting untuk mengetahui bahasa cinta pasangan kita. 

“Peringatan buat semua untuk tidak menjadi seorang ‘hopeless romantic’ kerana sangatlah bahaya. Ia boleh meletakkan kita dalam situasi yang sedih jika takdir tidak menyebelahi kita.  Saya seorang yang logik dan realistik. Oleh itu, tidak akan biarkan emosi saya mengawal diri dan kewarasan saya.

Terkenal dengan muzik bergenre R&B dan Pop, Ali Gatie berjaya meraih lebih 3.5 billion penstriman di Spotify dan mengumpul 1.6 juta pengikut di Instagram. Bukan itu sahaja, penyanyi berumur 25 tahun ini juga telah tercalon untuk anugerah Canada’s Juno Awards bagi kategori Artist Terbaik, Album Terbaik dan Anugerah Pilihan Peminat.

Single terbaharu Ali Gatie, ‘Perfect’ kini boleh didengar di semua pelantar penstriman. - Getaran, 16 Mac 2022

Semua gambar: Warner Music 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

KKD Peruntuk RM3.9 Bilion Untuk Projek PoP Fasa 2 - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Minta Ahli Parlimen Teliti Isu PoP Di Sekolah

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ne-Yo Bawa Peminat Berparti, Mengimbau Kembali Lagu-Lagu R&B Dan Club Music Nyanyiannya Yang Klasik

4

Muzik 1 tahun yang lalu

“Walaupun Hati Disakiti, Anda Perlu Berkompromi Untuk Keamanan Anda Sendiri “- Yana 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor