web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Minta Ahli Parlimen Teliti Isu PoP Di Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:35AM

Fahmi ketika berucap pada program Cahaya Ramadan bersama Gardenia anjuran Gardenia Bakeries di sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen diminta untuk meneliti masalah kemudahan gentian optik ‘Point of Presence’ atau titik kehadiran (PoP) di setiap sekolah di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi membolehkan isu liputan Internet dapat diselesaikan dengan segera.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya mahu memastikan golongan guru dan murid memperoleh infrastruktur serta prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.

“Hujung Mac lepas, saya rasmikan PoP di Padang Terap, Kedah dengan kita (KKD) mengusahakan kelengkapan jaringan gentian optik sehingga ke pintu sekolah. Cumanya (penyediaan PoP) dari pintu sekolah ke dalam sekolah itu melibatkan kos kerana setiap sekolah, tapaknya lain.

“Jadi, saya akan maklumkan kepada Ahli Parlimen lain untuk teliti isu ini supaya masalah Internet menjadi sejarah terutamanya kepada pihak sekolah,” katanya ketika berucap pada program Cahaya Ramadan bersama Gardenia anjuran Gardenia Bakeries di sini semalam.

Pada Mac lepas, Fahmi dilapor berkata sebanyak 55 sekolah luar bandar di Kedah telah dilengkapi dengan PoP yang dapat memperluas jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah-sekolah yang terlibat serta kawasan sekitar.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat untuk menyemak setiap maklumat yang diterima sama ada ia sahih atau sebaliknya sebelum menyebarkannya.

“Hal ini supaya kita tidak menjadi penerus kepada penyebaran maklumat yang palsu, salah atau fitnah. Kita semua perlu berhati-hati dalam menerima, menyampaikan atau menyebarkan sesuatu maklumat kerana itu (tindakan sebar maklumat salah) seakan menyambung masalah dan kita seharusnya menyelesaikannya,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai dakwaan bahawa 1 Syawal mungkin disambut awal dari dijangkakan, Fahmi sekali lagi menyeru rakyat supaya menunggu pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Bukan merujuk maklumat daripada WhatsApp, TikTok, Facebook atau dari jiran tetapi rujuk kenyataan yang akan dibuat atau pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Insya-Allah pada 8 malam, Khamis minggu depan,” katanya.

Pada program tersebut, Fahmi turut menyampaikan duit raya sebanyak RM200 kepada setiap 50 keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Lembah Pantai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 46 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad