web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kepada ARMY…,” Gagal Genggam Trofi Grammy, BTS Ada Mesej Untuk Peminat

Heboh Twitter sejak tengahari dengan pelbagai tanda pagar marah oleh ARMY atau para peminat kumpulan BTS atas kekalahan mereka di acara GRAMMYS hari ini. Tapi, ini pesan BTS kepada ARMY.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 6:05PM

Gambar fail AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya nasib tidak menyebelahi boyband terkenal Korea Selatan, BTS, apabila gagal menggenggam trofi anugerah berprestij Grammy setelah tercalon dalam kategori Persembahan Pop Duo dan Berkumpulan terbaik hari ini. 

Walaupun peminatnya kecewa dengan keputusan itu kerana mengharapkan kemenangan berpihak kepada idolanya. Namun pelantun lagu ‘Dynamite’ itu mengakui bahawa tercalon  dan berpeluang membuat persembahan di anugerah berprestij ini pun sudah cukup membanggakan.

BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis Korea Selatan pertama yang berjaya menempatkan diri dalam pencalonan Grammy.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu RM menyatakan pengalaman ini sememangnya suatu penghormatan buat mereka. Ini kerana Grammy adalah pentas yang memberi pengiktirafan dan mengumpulkan banyak individu berbakat. 

Bukan itu sahaja, ahli kumpulan mereka yang lain iaitu J-Hope juga turut berkongsi keterujaan yang sama. 

“Banyak pemuzik dan institusi seperti Recording Academy mula memberikan perhatian kepada muzik kami. Apabila banyak respons baik terhadap muzik kami diberikan oleh ramai orang di seluruh dunia. Itu pun sudah cukup membanggakan. Bukan itu sahaja, ada juga yang berjinak-jinak belajar mengenai budaya Korea dan ia benar-benar membuat kami gembira.”

Mereka juga mengucapkan penghargaan kepada semua peminatnya yang digelar ARMY atas sokongan yang diberikan selama ini. 

“ARMY pasti merasai apa yang kami rasa sekarang. Kami akan bawakan muzik yang lebih baik untuk tahun mendatang. ARMY, kita sudah berusaha keras sehingga ke tahap ini. Mari kita berusaha lebih gigih untuk tahun ini,” tambah mereka.

BTS telah mencatatkan banyak kejayaan luar biasa sejak beberapa tahun belakangan ini. Mereka telah membawa dunia mengenali muzik dan juga industri hiburan Korea ke tahap yang membanggakan.

Kegagalan BTS untuk pencalonan pertama di anugerah Grammy ini pasti akan memberikan suntikan semangat bagi mencipta lebih banyak kejayaan yang lebih hebat di masa mendatang. - Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...