web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 11:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Gatal' - Janna Nick

Lagu ini mempunyai irama yang sesuai dengan vokal penyanyinya, Janna Nick. Rentaknya menghiburkan dan korusnya mudah diingati. Mempunyai nuansa antarabangsa berkat gubahan yang menarik, lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aepul Roza ini kedengaran seperti dicipta khas buat Janna. Biarpun liriknya sangat mudah dengan ulangan perkataan berkali-kali namun ia punya harapan menjadi lagu yang popular kerana senang diingati dan pasti melekat di minda. Penggunaan perkataan gatal sebagai tajuk lagu pula memudahkan lagi kelancarannya. Syabas buat Aepul Roza dan Janna atas formula yang bijak ini.

 

'Fasa' - Hazama featuring Tuju  

Suara unik Hazama sentiasa mencuri perhatian tanpa mengira lagu apa yang dinyanyikan. Begitulah situasinya untuk karya ciptaan penuh Firdaus dan Fahimi Rahmat bersama Tuju ini. Lagunya pada saya biasa sahaja namun vokal Hazama menjadi taruhan. Walau bagaimanapun ia menjadi lebih menarik sebaik sahaja vokal Tuju menyulam masuk dengan menyampaikan bait-bait rap yang pada saya seperti dapat menenggelamkan vokal Hazama. Sememangnya suara Tuju saat berlagu ataupun menyanyikan rap sukar untuk dilupakan dan itulah yang menyelamatkan lagu ini. Di samping itu, pilihan menjadikan lagu ini lagu tema drama sensasi 'Suamiku Lelaki Pendosa' mungkin akan membantu menaikkan popularitinya. 

'Terpisah Waktu'  - Hazim Razali 

Penyanyi baru ini mempunyai suara yang baik dan agak besar, walaupun orangnya kelihatan lebih ‘kecil’ daripada vokalnya. Lagu dan lirik oleh Yuzai ini mempunyai korus yang digubah dengan baik dan susunan lagu yang indah. Walau bagaimanapun formula yang digunakan untuk mencipta lagu ini agak ‘selamat’ seperti balada-balada pop moden yang pernah didendangkan oleh ramai vokalis lelaki terkenal lain. Sungguhpun begitu, iramanya memberi peluang kepada Hazim Razali untuk menunjukkan waran suaranya yang mempunyai jangkauan yang luas. Percubaan yang baik sebagai permulaan, namun untuk menyerlah mungkin Hazim boleh mencuba sesuatu yang berbeza untuk karya berikutnya nanti.

 

'Mau Lagi' - Khairi Sani  

Karya Singapura minggu ini berupa sebuah lagu Hip Hop nyanyian Khairi Sani. Lagu yang ditulis dan dicipta sendiri olehnya ini mempunyai potensi untuk disukai oleh pencinta genre ini. Khairi mempunyai gaya rap yang meyakinkan dan nampaknya boleh digilap menjadi seorang pejuang Hip Hop jika diberi peluang untuk berkembang dan berkongsi karyanya. Namun oleh kerana muzik Hip Hop kini dihujani dengan ramai pemain-pemain baru, dia mungkin perlu menonjolkan kelainan jika ingin menyerlah dan tampil berbeza dengan rakan-rakan serantau yang lain. Walau bagaimanapun, ia satu permulaan yang harus dipuji kerana berani membawa Hip Hop Melayu ke arus perdana.

 

'Tak Peduli' - Bob Azrin, Gette dan Sueib Suhaimi 

Sekali lagi karya dari Brunei Darussalam menjadi lagu pilihan saya untuk ulasan minggu ini. Tak Peduli nyanyian tiga orang bintang Brunei Bob Azrin, Gette dan Sueib Suhaimi ini mengingatkan saya kepada lagu-lagu dendangan kumpulan vokal Indonesia seperti Tangga, Ecoutez, Malique & D’Essentials, GAC dan ramai lagi. Menyuntik irama Jazz dengan selingan R&B menjadikannya rancak dan menghiburkan. Kadang rasa ingin ikut bergoyang kala mendengarnya atau membayangkan diri berada di sebuah tempat percutian sambil bersantai bersama teman-teman. Lebih menarik, vokal para penyanyinya diadun secukup rasa dan tidak berlebih-lebihan. Satu lagi karya permata Brunei yang harus dikongsikan dengan rakan-rakan senusantara lain. Tahniah buat Bob, Gette dan Sueib atas kolaborasi berjaya ini dan moga lebih banyak artis serantau mencontohi projek ini. - Getaran, 16 Februari 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bantuan Musim Tengkujuh Berjumlah RM9.7 Juta Untuk Peneroka Tanaman Getah FELDA

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Amber Heard Tak Peduli Hubungan Cinta Johnny Depp Dengan Peguamnya 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN