web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 12:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Call You Mine - FML X Seachains X Nhật Hoàng 

Meriah tahun baharu 2022 dengan pelbagai perkembangan inovatif dunia muzik. Salah satu daripada buktinya adalah karya berjudul 'Call You Mine' ini. Menampilkan duo yang sedang meningkat naik, FML mereka mencipta kelainan melalui kerjasama dengan bintang hip hop Vietnam, Seachains, dan Nhật Hoàng. Dicipta dan ditulis oleh Fahimi Rahmat, Mal Hamka, MFMF, serta Alex Ungku, Seachains, dan Nhật Hoàng  lagu ini menampilkan tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Malaysia dan Vietnam. Rentaknya sangat menghiburkan dan setaraf lagu-lagu R&B antarabangsa. Semestinya, yang membuat lagu ini menarik adalah gaya rap dan nyanyian dua bahasa yang sangat berbeza. Dengan susunan muzik yang baik, suara merdu FML dan korus yang mudah diingati, ini bukti kolaborasi serantau boleh berjaya. Semoga lagu ini mendapat perhatian di Malaysia dan juga di Vietnam!

 

Milik - Irfan Haris 

Pernah mencipta fenomena di awal kemunculannya dahulu, Irfan Haris kembali dengan sebuah lagi lagu yang sesuai dengan imej serta personalitinya. Lagu berjudul 'Milik' ini merupakan ciptaan serta tulisan Mike Chan, Irfan Haris, Ajay Amai, Nick Ariff, Glow Rush, Napie Hassan dan juga Kaler-J. Lagunya mudah dan melodinya tidak terlalu berat.  Ia memberi ruang kepada Irfan untuk bermain dengan warna vokalnya sambil menikmati irama karya ini. Namun ia nampaknya perlu bersaing dengan banyak lagu pop Melayu yang kini menampilkan susunan muzik yang agak serupa. Sungguhpun lagunya, sedap didengar ia mungkin akan perlukan usaha lebih untuk menyerlah dengan rakan-rakan seangkatan seperti Megat Rahim, Asad Motawh dan sebagainya.  

 

'Apekonak' - Ismail Izzani 

Penyanyi kegilaan ramai anak muda Ismail Izzani muncul dengan karya terbaharu berjudul 'Apekonak'. Nampaknya Mail tidak dapat lari dari genre muzik yang memang sudah sebati dengan dirinya, iaitu R&P pop. Dia kedengaran begitu selesa menyampaikan karya ini, namun pada telinga saya agak terlalu selesa kerana sudah keseringan membawa lagu sedemikian irama, ia kedengaran mirip dengan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya sebelum ini. Tidak dinafikan lagu ini memang dihasilkan dengan sangat baik. Susunan muziknya moden dan sejajar dengan apa yang ditampilkan di luar negara. Walau bagaimanapun lagu ciptaan penyanyi rap unggul SonaOne dengan lirik oleh Kidd Santhe, Ismail Izzani, serta SonaOne ini sendiri mempunyai bayangan yang sangat kuat dengan karya artis lain dari genre yang sama. Malah pertama kali dengar saya tidak dapat elak dari menyangka seperti saya pernah mendengar lagu ini. Adalah ia kebetulan? Saya biarkan anda untuk menilai sendiri.

 

'Jatuh Cinta' - Miennan Yunos 

Minggu ini karya dari Brunei Darussalam datang dalam bentuk sebuah lagu Dangdut oleh Miennan Yunos. Lagu ini memang  rancak dan mudah diingati sesuai dengan genre yang dipaparkan. Malah irama lagu ciptaan penyanyinya sendiri iaitu Miennan Yusof dan Harry Akhmad dengan lirik oleh Harry Akhmad ini juga mengasyikkan, membuat ia lebih menghiburkan. Di awal pembukaan lagu, melodinya mengingatkan pada lagu-lagu kelab malam zaman 60-an namun kala mencecah korus, sulaman muzik dangdutnya mula membuat pendengar ingin ikut bergelek sama. Ditambah dengan persembahan gitar solo dan suara latar yang baik, serta semestinya suara Miennan yang memang merdu, lagu ini sebenarnya ada harapan mendapat putaran tinggi jika diperdengarkan di stesen radio Melayu dan Indonesia sekitar Malaysia Brunei serta Singapura. Tahniah buat semua yang terlibat atas percubaan yang baik ini. 

 

'Tersakiti' - Hanna Fathana

Lagu berjudul 'Tersakiti' nyanyian penyanyi dari seberang tambak Hanna Fathana menjadi lagu pilihan kami dari Singapura minggu ini. Dicipta oleh Hanna Fathana bersama Guzzbuzz dengan lirik oleh Hanna Fathana sendiri, lagu ini mengingatkan saya kepada balada-balada rock 90-an yang pernah dinyanyikan oleh ramai artis solo serta berkumpulan suatu Ketika dahulu. Namun pada saya lirik lagunya masih boleh diperbaiki kerana banyak kata yang diulang membuat ia kedengaran sedikit hambar. Sungguhpun begitu, Hanna mempunyai suara yang bagus dan mampu pergi lebih jauh jika dia menemui genre yang lain, yang mungkin lebih tepat buat warna vokalnya. Barangkali dengan bakatnya mencipta lagu, Hanna boleh cuba mencipta sesuatu karya lain di masa hadapan dan memperbaiki kekurangan kali ini. Apapun, tahniah kerana berani mencuba. - Getaran, 26 Januari 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

2

Muzik 3 tahun yang lalu

EMI Music Malaysia Beroperasi Semula Setelah 18 Tahun, Irfan Haris Dan Ezra Kairo Jadi Artis Naungan Pertama

3

TARA 3 tahun yang lalu

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN