web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


EMI Music Malaysia Beroperasi Semula Setelah 18 Tahun, Irfan Haris Dan Ezra Kairo Jadi Artis Naungan Pertama

Emi Music Malaysia pernah dinaungi Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad, Noor Kumalasari, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Too Phat, KRU, OAG dan Innuendo.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 10:04AM

Melalui operasi penjenamaan semula Emi Music Malaysia, artis- artis naungannya adalah Irfan Haris, 22, dan Ezra Kairo, 23 - Gambar ihsan EMI Music Malaysia

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah menjadi sebuah syarikat rakaman gergasi yang banyak sekali dinaungi seniman dan seniwati legenda serta artis-artis hebat terkenal, penutupan EMI Music Malaysia pada 2014 sememangnya cukup mengejutkan. 

Lebih-lebih lagi pada saat hip hop dan indie muzik sedang berkembang dan mula menguasai industri dengan karya dan persembahan lagu yang cukup berkualiti dan kreatif. 

Namun, krisis kewangan yang dihadapi syarikat induk EMI Music di London menyebabkan ia terpaksa menghentikan operasinya termasuk rangkaian pejabatnya yang dibuka di negara-negara lain. 

Selepas 18 tahun, syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.

Majlis pelancaran semula EMI Music Malaysia yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara, Calvin Wong dan disaksikan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim dan Ketua EMI Music Malaysia, Adib Hamdi.

Menerusi syarikat Universal Music Malaysia yang mengambil alih label EMI Music pada 2013, Calving Wong berkata, mereka mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia.

Emi Music Malaysia pernah dinaungi Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad, Noor Kumalasari, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Too Phat, KRU, OAG dan Innuendo.

Melalui operasi penjenamaan semula Emi Music Malaysia, artis- artis naungannya adalah Irfan Haris, 22, dan Ezra Kairo, 23. 

Irfan berkata, dia berasa sangat berbesar hati menjadi sebahagian EMI Music Malaysia kerana dia juga membesar dengan lagu-lagu Datuk Sudirman, Tan Sri P.Ramlee, Carefree, KRU dan ramai lagi. 

Irfan yang mempunyai pengikut seramai 512,000 di aplikasi Instagram serta 324,000 pengikut di aplikasi TikTok memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil dan juga Ceria Popstar.

Setelah mengeluarkan beberapa single popular bergenre balada seperti ‘Redha (2016)’ dan ‘Pesan (2019)’ yang telah meraih sebanyak 14 juta penonton di aplikasi YouTube, Irfan turut menyertai rancangan realiti Big Stage 2 pada tahun 2019 dan berjaya ke peringkat akhir serta memenangi tempat ke- 4. 

Terkini Irfan telah mengeluarkan single duet ‘Bukan Dengan Kita’ bersama dengan Dalia Farhana dan telah meraih sebanyak 215 ribu penonton di aplikasi YouTube serta sebanyak 310 ribu pendengar di aplikasi Spotify.

Ezra Kairo, pula berkata, dia mengambil peluang ini  tonjolkan diri serta untuk mengasah lagi bakat nyanyian saya agar dapat menjadi setanding artis-artis yang pernah berada di bawah EMI Music Malaysia.

Ezra mula terkenal di aplikasi TikTok dengan 181,000 pengikut, beliau yang cenderung dalam musik Pop dan R&B juga telah mengeluarkan beberapa single seperti ‘Hold me’, ‘Kau Tiada’ dan ‘Hanya Kamu’.

Terkini beliau telah mengeluarkan single ‘Benar (2023)’ yang juga merupakan single pertama keluaran EMI Music Malaysia, di mana muzik videonya telah meraih sebanyak 240,000 penonton di YouTube dalam masa sebulan dan sebanyak 120,000 pendengar. 

Sementara itu, Adib Hamdi selaku Ketua EMI Music Malaysia berkata, pemilihan penyanyi baru, muda dan segar seperti Irfan dan Ezra ini diharap dapat menjadi pelapis dan generasi baru yang boleh menaikkan semula nama EMI Music Malaysia dengan lagu - lagu yang popular mengikut cita rasa dunia muzik terkini.- Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Selebriti Muda Teruja Kali Pertama Mengundi Di #PRU15

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN