web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bob Yusof Bangkit Dari Kesedihan Dengan 'Beribu Rasa'

Lagu ciptaan komposer Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil itu merupakan simbolik kepada diri Bob Yusof yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Dec 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengakui dirinya terkesan apabila melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, Bob Yusof, 40 tahun, mengakui apa yang sudah dilaluinya merupakan pengalaman dan pelajaran paling berharga sepanjang bergelar anak seni.

“Saya percaya ramai yang terkesan dengan apa sudah dilalui. Ada yang hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan ada juga rumah tangga bergoncang kerana hilang pendapatan dan sebagainya.

“Tapi saya bersyukur kerana dapat melalui fasa getir berkenaan dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri. Harapnya dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang, semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih  baik,” kata Bob lagi.

Paling diingati apabila dia tidak dapat pulang beraya di kampung halamannya di Limbang, Sarawak sejak dua tahun yang lalu, apatah lagi menziarahi pusaran ibunya dalam tempoh berkenaan.  

Baginya itu merupakan pengalaman tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya.

“Baru-baru ini saya ada pulang ke kampung di Limbang tapi masih tidak dapat ke pusara ibu memandangkan belum dibenarkan menziarahi kerana kawasan tersebut menjadi pusara untuk mangsa COVID-19.

“Saya memang sedih tapi reda dengan keadaan tersebut. Tak apalah, saya kirimkan sahaja doa bagi mengubat kerinduan yang tak berpenghujung,” kata Bob lagi.

Mengubat segala kedukaan yang telah dilalui sebelum ini, Bob kini tampil dengan lagu ‘Beribu Rasa’.

Lagu ciptaan komposer Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil itu merupakan simbolik kepada dirinya yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar sebelum ini.

“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan terhasilnya lagu ‘Beribu’ ini akan mengubat rindu peminat dan dalam masa yang sama menjadi semangat kepada saya untuk terus maju dalam bidang seni.

“Sebenarnya tema yang dipilih juga kena dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih tapi masih juga mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya lagi. 

‘Beribu Rasa’ adalah terbitan Inisiatif Seni Kreatif  (ISK) dan lagu ini  diedarkan Universal Music. 

Lagu ini juga sudah berada di semua platform digital dan video muzik boleh ditonton sejak 3 Disember lalu di YouTube Bob Yusof Channel. - Getaran, 29 Disember 2021

Gambar: ISK

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN