web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Faouzia Hantar Mesej Kuasa Wanita Buat Wanita Muda Menerusi 'Puppet'

Menjadi penyanyi pop terkenal dunia sememangnya impian Faouzia sejak kecil dan dia tidak pernah berhenti berlatih serta menyanyi demi mengejar cita-citanya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 5:06PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari lagu cinta balada yang penuh sentimental iaitu 'Minefields' yang dibawakan secara duet bersama John Legend pada tahun lalu, penyanyi Kanada kelahiran Morocco, Faouzia Ouihya kini meluncurkan single solo terbaharunya, 'Puppet' yang bernuansa pop penuh dinamik. 

'Puppet' bagaimanapun sangat jauh bezanya dengan 'Minefields'. Bukan hanya genre muziknya semata-mata, tetapi juga dari sudut mesej lagu yang cuba disampaikan penyanyi yang juga pencipta lagu dan instrumentalis ini.

“'Puppet' adalah sebuah lagu tentang hubungan dinamik penuh mencabar sebagai wanita, berani menguasai dan mengambil alih serta tidak perlu malu-malu untuk menjadi diri sendiri. 

“Saya telah menunggu lama untuk meluncurkan single ini. Saya rasa ini adalah waktu yang tepat untuk muncul dengan lagu ini yang khusus ditujukan buat wanita muda. 

“Saya mahu menyuntik inspirasi buat golongan ini di seluruh dunia dan mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu mengubah diri untuk sesiapa dan ketahuilah seseorang yang mencintai anda juga tidak seharusnya meminta anda berubah menjadi orang lain. 

“Menerusi lagu ini juga saya mahu mereka memiliki kuasa wanita agar dapat bebas dan ada motavasi untuk terus bangun serta mara ke depan walau apapun rintangan menanti," katanya kepada portal Getaran.  

Apa yang disuarakan Faouzia ini cukup jelas digambarkan dalam korus lagu ini. 

'I was born to dance, dance Could never tie strings to my hands, hands, You could only love a pu-pu-puppet, I could never be a pu-pu-puppet…'

Lebih menarik, saat single solonya ini  dilancarkan,  'Minefields' dendangannya bersama John Legend masih viral di TikTok. 

“Menghasilkan 'Minefields' adalah satu peluang dan pengalaman yang menarik. Sepatutnya, lagu ini dipersembahkan secara solo tetapi saya dan pasukan berpendapat ia harus dibawakan secara duet.  

“Kita mempunyai beberapa nama tetapi tentulah hebat jika kita berjaya mendapatkan John Legend untuk menyanyikan lagu ini. 

“Kita hantar trak lagu ini kepada Legend dan dia kembali dengan rakaman untuk bahagian lagunya serta vokalnya sangat bersesuaian. 

“Kemudian lagu ini mula mendapat perhatian di TikTok dan ramai yang menggunakan lagu ini untuk menghasilkan video TikTok mereka,” katanya lagi. 

Penyanyi yang beragama Islam ini mengakui bahawa genre muzik balada mempunyai tempat  istimewa di hatinya. 

“Saya selalu bermain piano dengan membawakan lagu-lagu begini. Mungkin kerana itu genre muzik ini sangat dekat di hati saya. 

“Apabila dapat membawakan lagu ini dengan penyanyi yang suaranya saya dengar sewaktu membesar, ia jadi lebih bermakna. 

“Namun, saya juga sukakan genre pop yang bertenaga seperti 'Puppet'. Ini antara jenis lagu dan irama yang ingin saya teroka dan hasilkan. 

“'Puppet' juga mampu menjadi sebuah balada jika ia dihasilkan dengan mesej yang kuat dan makna bersama energi lagu ini,” kata penyanyi berusia 21 tahun yang dilahirkan di Casablanca, Morocco ini. 

Bermula dengan memuat naik lagu di YouTube, siapa sangka bintang bersuara besar dan bertenaga ini akan mendapat tawaran untuk menjadi artis rakaman sejak  empat tahun lalu.  

Dalam tempoh itu, Faouzia telah dipilih untuk berkolaborasi dengan David Guetta menerusi lagu 'Battle' yang dimuatkan dalam album studio ketujuh DJ kelahiran Perancis itu pada 2018. 

Bahkan, Faouzia telah diundang Kelly Clarkson untuk menterjemah lagu 'I Dare You' dalam bahasa Arab Morocco yang telah diluncurkan pada 16 April lalu dan sebulan selepas itu, Galantis pula mengundangnya untuk muncul dalam lagu mereka,  'I Fly' yang menjadi runut bunyi filem Scoobi

Walaupun ada yang beranggapan bahawa perjalanan kerjaya muziknya sangat pantas apabila berjaya berkolaborasi dengan nama-nama hebat ini termasuk John Legend menerusi 'Minefields', Faouzia berasakan sebaliknya. 

“Saya tidak pernah sekalipun terfikir akan berada di tahap ini dan proses yang berlaku dalam kerjaya muzik saya sebenarnya berlaku secara beransur-ansur dan penuh organik. 

“Selain dapat berkolaborasi dengan ramai artis  hebat, saya  juga dapat menghasilkan dan membawakan lagu-lagu saya sendiri secara solo. 

“Saya juga dapat  membuat persembahan di merata tempat dan berada di lokasi berbeza di dunia ini. 

“Saya tidak sangka hal ini berlaku dan sukar bagi saya untuk meyakinkan diri bahawa ia sedang berlaku. 

“Namun, menjadi penyanyi pop yang dikenali dunia sememangnya impian saya sejak kecil dan hingga saat ini saya tidak pernah berhenti berlatih serta menyanyi,” katanya yang berhasrat untuk memperbetulkan tanggapan segelintir pihak terhadap Islam. - Getaran, 15 Disember 2021

Gambar: Instagram @faouzia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN