web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 10:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Putus' - Nabila Razali 

Selepas mencetus fenomena lewat lagu ‘Peluang Kedua’ Nabila Razali kali ini muncul dengan sebuah karya baharu berjudul ‘Putus’. Kali ini Nabila yang mesra dengan panggilan Bella bekerjasama dengan komposer dari Singapura, Erwin Purnama untuk menghasilkan lagu dan lirik single ini. Lagu yang berentak balada ini tidak terlalu berat dan kedengaran lebih mudah untuk dibawa Bella berbanding lagu ‘Peluang Kedua’ sebelum ini. Malah, secara peribadi aura projek ini tidak segah lagu sebelumnya. Walau bagaimanapun peminat setianya pasti akan menyukai projek ini. Semoga Nabila Razali akan terus berkarya dan memberikan yang terbaik.

 

'Mainan' - Naim Daniel   

Bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34, Naim Daniel kali ini mempersembahkan sebuah lagu berjudul ‘Mainan’. Lagu yang dicipta oleh Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga ini menampilkan lirik nukilan Arisz Ab Rahman. Seperti kebanyakan lagu-lagu Naim, ia lari dari kebiasaan balada pop Melayu dan ada sedikit perbezaan. Ini membuatkan lagunya menyerlah berbanding karya lain yang sering dimainkan di corong radio. Korusnya mungkin akan membekas jika sudah didengar berkali-kali dan ini sangat sinonim dengan projek-projek Naim sebelum ini. Apa yang menarik perhatian saya secara peribadi adalah liriknya yang puitis dan maksud tersirat di balik puisi yang dilagukan. Saya yakin peminat setia Naim akan mencintai lagu ini.

 

'Aura' - Hazman Al-Idrus 

Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyinya, Hazman Al-Idrus. Sebagai seorang pendatang baharu ini merupakan satu langkah berani buat Hazman kerana ingin menampilkan karya nukilannya sendiri. Aura adalah sebuah balada rock yang mempunyai persamaan dengan beberapa lagu yang mungkin pernah anda dengar di corong radio berbahasa Malaysia. Ia mempunyai susunan muzik yang agak mirip dengan beberapa balada rock lain dan ini membuatkan ia agak sukar untuk menyerlah. Walau bagaimanapun, Hazman mempunyai suara yang agak bagus dan sesuai untuk genre ini. Ada beberapa bait nyanyiannya yang mengingatkan saya kepada Fiq, bekas juara program Mentor musim-musim terawal dahulu. Jadi, dia masih mempunyai harapan untuk memperbaiki kualiti muziknya lagi di masa hadapan. Semoga Hazman mampu memberikan yang lebih baik selepas ini. 

'Dua Dalam Satu' - Hyrul Anuar & Izzathy Halil 

Selepas lagu solo ‘Bulan Sabit Di Bibir’, penyanyi kelahiran Singapura Hyrul Anuar kembali dengan sebuah karya duet bersama Izzathy Halil. Ini kali pertama saya mendengar suara Izzathy dan setelah mendengar lagu ini saya mengerti mengapa Hyrul Anuar memilihnya sebagai rakan duet. Suara Izzathy yang bertenaga memang sesuai dengan warna vokal Hyrul yang nyaring. Selain itu, korusnya jika didengar berulang kali mampu melekat di fikiran anda dan sesuai diselitkan dalam runut bunyi filem atau drama. Dicipta oleh Hyrul Anuar bersama Kazhendra Kas Kazan dengan lirik nukilan Hyrul Anuar sendiri, lagu ini mempunyai potensi namun perlu bersaing dengan banyak duet berbahasa Melayu lain di pasaran. Kami menanti buah tangan solo Izzathy pula selepas ini.  

 

'Kesal' - Rapul Rezal 

Saya kagum mendengar vokal penyanyi kelahiran Brunei Darussalam ini. Jika mendengarnya sepintas lalu, suara nyanyian Rapul Rezal ada persamaan dengan penyanyi tersohor Anuar Zain. Lebih menarik, lagu ciptaan Wan Iman dan lirik oleh Noor ini digubah dengan begitu baik bersesuaian dengan gaya nyanyian Rapul yang sangat merdu serta mengasyikkan. Sungguhpun lagu ini ada banyak persamaan dengan balada moden yang pernah disuakan ke halwa telinga pendengar muzik Melayu nusantara namun ia karya yang berkualiti. Saya sejujurnya memuji projek ini kerana aura melodinya yang mempesonakan. Syabas Rapul dan moga karya anda dapat dinikmati oleh pendengar di Malaysia serta Singapura.  

 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nabila Razali Bijak Menyimpan, Kini Miliki Kediaman Cecah Jutaan Ringgit Hasil Titik Peluh Sebagai Penyanyi

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ambil Semangat Sudirman - Persembahan Terbalik Naim Daniel Di AJL37 Diiktiraf Malaysia Book of Records

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 3 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 10 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...