Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyampai Suria FM Dominasi Kategori Penyampai Radio Popular ABPBH34

Buat pertama kali dalam sejarah, tiga penyampai radio dari Suria FM tembus Top 5 ABPBH bagi kategori Penyampai Radio Popular.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 1:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bakal berlangsung pada 13 November depan di mana ramai selebriti bakal membawa pulang anugerah yang mengukur tahap populariti mereka pada malam itu nanti.

Pelbagai kategori dipertandingkan untuk memberikan pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air sama ada dari bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan dan penyampai radio.

Tahun ini, bagi kategori Penyampai Radio Popular, tiga penyampai dari stesen Suria FM mendominasi pencalonan. Mereka adalah DJ Lin, Sharifah Shahira dan Tyzo.

Ini adalah julung kali  tiga penyampai radio dari Suria FM tembus ke peringkat Top 5 bersaing dengan dua lagi penyampai dari stesen  Sinar FM iaitu Siti Elizad dan Jep Sepahtu.

Menurut penyampai dan pengurus stesen radio Suria iaitu DJ Lin, ini adalah satu pencapaian luar biasa untuk Suria FM.

“Biarpun kami ada kekurangan seperti tiada platform televisyen seperti penyampai-penyampai radio lain, pencinta radio melihat perkembangan Suria FM dan sentiasa menyokong kami. 

"Pencalonan tiga penyampai dari Suria telah membuktikan bahawa kami juga sebaris atau jauh lebih baik daripada penyampai-penyampai radio sedia ada,” katanya yang telah tiga kali membawa pulang trofi Anugerah Penyampai Radio Popular. 

Sebagai pengurus stesen Suria, semestinya pencalonan tiga penyampai radio itu merupakan satu kejayaan besar buat DJ Lin sepanjang melunaskan tanggungjawabnya. 

“Mewakili pengurusan Suria FM, memang kita nak lihat lebih ramai lagi penyampai stesen ini ke depan dan lebih dikenali serta mencipta banyak sejarah bagi stesen radio di Malaysia. Ini kali pertama tiga penyampai Suria membolosi top 5. Ini bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan

"Ini bermakna apa yang kami pertaruhkan di Suria FM dari segi formula nampaknya menjadi. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat dahsyat untuk tahun 2021,” kongsinya.

Sementara itu bagi Tyzo pula, ini adalah pengalaman sulung dia tercalon untuk kategori Penyampai Radio Popular selepas 17 tahun bergelar penyampai.

“Saya tidak pernah terfikir atau berangan untuk tercalon bagi anugerah ini. Bila tembus Top 5. saya rasa sangat bersyukur. Tetapi saya tidak mengharapkan apa-apa. 

"Anugerah terindah buat saya adalah apabila mampu buat orang tersenyum. Andai kata anugerah ini bakal jadi milik saya, bagi saya ia bonus atas kepercayaan pendengar terhadap saya," katanya. 

Tambahnya lagi, pada mulanya dia terkejut apabila melihat namanya berjaya menembusi top 5 kerana pengikut media sosialnya tidak seramai calon-calon yang lain.

“Pengikut saya di media sosial baru 70,000. Dan, saya juga jarang berkongsi kisah peribadi di media sosial. Saya tak rasa perkara ini akan membantu saya untuk berada di top 5. Kalau kita lihat penyampai-penyampai lain, mereka miliki ratusan ribu atau jutaan pengikut. 

"Saya sendiri tak pernah terfikir diri ini popular atau tidak.  Ini kerana, kalau di luar orang tidak kenal saya pun mereka lebih kenal suara saya," ujarnya. 

Bergandingan bersama Sharifah Shahira untuk segmen Suria Petang setiap Isnin hingga Jumaat, Tyzo mengakui dia sebenarnya menumpang rezeki rakannya itu. 

“Sejujurnya saya menumpang rezeki Kak Shiera. Namanya besar dalam industri. Bila bertugas dengan dia, sedikit sebanyak saya belajar bekerja dengan orang yang hebat. Saya juga menumpang kehebatan dia,” katanya. - Getaran, 2 November 2021

Foto: Helmi Anuar ( Diambil menggunakan Iphone 13 Pro)

Berita Berkaitan

1

Selebriti 19 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN