web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Lalisa’ Pecahkan Dua Rekod Baharu Guinness World Records

‘Lalisa’ melangkaui rekod Taylor Swift di bawah kategori video muzik paling banyak ditonton dalam masa sehari.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 6:29PM

Gambar: Twitter @ygent_official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak boleh dinafikan kehebatan bakat dan pengaruh Lisa Blackpink terhadap industri muzik global sejak debutnya beberapa tahun lalu.

Kini anak kelahiran Thailand ini disahkan mencipta dua rekod baharu oleh pihak Guiness World Records menerusi singlenya berjudul ‘Lalisa’ yang dikeluarkan pada awal bulan September 2021.  

Menurut catatan YouTube, ‘Lalisa’ telah memecah rekod dunia bagi video muzik yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam.

Untuk pengetahuan semua, video ini berjaya meraih 73.6 juta tontonan dalam masa sehari selepas pelancarannya di platform tersebut. 

Video muzik ini sekali gus melangkaui rekod ikon muzik pop, Taylor Swift pada tahun 2019 buat single berjudul ‘Me’ yang menampilkan Brendon Urie dari kumpulan Panic! At the Disco serta lagu ahli kumpulan Blackpink, Rose, ‘On The Ground’.

Apa yang lebih menakjubkan, Lisa juga sudah membenam kumpulannya sendiri dengan jumlah pendengar bulanan terbanyak di Spotify dengan 14.92 juta penstriman.

Semasa tulisan ini ditulis, muzik video yang menceritakan tentang dirinya sendiri ini, mempunyai lebih 256 juta tontonan di YouTube tetapi kami yakin jumlah ini bakal meningkat lagi. 

Bukan itu sahaja, pihak Guinness World Records turut mengatakan bahawa kejayaan kumpulan Blackpink bagi tahun 2021 juga bakal diketengahkan dalam buku Guinness World Records 2022 di bawah kategori media sosial.

Kami di Getaran ingin mengucapkan tahniah buat Lisa Blackpink atas kejayaan yang luar biasa ini! – Getaran, 9 Oktober 2021

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Sekali Lagi Pecahkan Rekod Dunia Para Powerlifting

4

TARA 3 tahun yang lalu

Adidas 'Usik' Blackpink, Sekali Lagi Dunia Fesyen Digegarkan Dengan Pengaruh Kpop 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN