web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Voices Of Hope' Satukan 11 Artis Sebar Kesedaran Kesihatan Mental

Konsert Amal Maya Voices of Hope 2021 bakal menyatukan 11 artis Malaysia dalam solidariti untuk membantu menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 8:41AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masalah mental dan kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini sememangnya cukup membimbangkan kerana ia melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk remaja. 

Pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk membantu memberi kesedaran bahawa pentingnya kesihatan mental kepada setiap individu dan perlunya mereka yang mengalami masalah gangguan mental ini mendapatkan bantuan. 

Konsert Amal Maya Voices of Hope 2021 yang bakal diadakan tidak lama lagi turut berusaha mencapai objektif untuk memberikan kesedaran mengenai subjek kesihatan mental dan pencegahan kes bunuh diri.

Ia juga diadakan untuk membantu mengumpul dana bagi membantu mereka yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental.

Menariknya, konsert ini bakal dijayakan nama-nama besar seperti Atilia Haron, Black Hanifah, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Mimifly, Dina Nadzir, Reshmonu, Wani Ardy, Vince Chong serta Damian Mikhail.

Penerbit konsert Voices of Hope, Atilia Haron
Penerbit konsert Voices of Hope, Atilia Haron

Konsert anjuran Yayasan ZuriatCARE ini adalah salah satu inisiatif di bawah kempen #StandforHope yang telah dilancarkan pada 10 September 2021 bersempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia ini.

Kempen ini merupakan cetusan idea Pengerusi Yayasan ZuriatCARE dan Pengasas Awareness Against Suicide (AWAS), Puan Alia Ali bersama dengan Che Puan Sarimah Ibrahim yang juga merupakan duta kepada kempen ini.

Pengerusi Yayasan ZuriatCARE dan Pengasas Awareness Against Suicide (AWAS), Puan Alia Ali
Pengerusi Yayasan ZuriatCARE dan Pengasas Awareness Against Suicide (AWAS), Puan Alia Ali

"Tanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini tidak hanya terletak pada mereka yang terjejas. Masalah kesihatan mental dan kecenderungan bunuh diri adalah nyata dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Marilah kita sama-sama mengakhiri stigma ini agar mereka yang terkesan tidak merasa keseorangan dalam hal ini. Masih ada harapan untuk hari-hari yang lebih cerah untuk mereka," kata Alia Ali atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ngah.

Kak Ngah sendiri pernah didiagnosis dengan kemurungan atau Major Depressive Disorder (MDD) dan kebimbangan melampau atau Generalized Anxiety Disorder (GAD).

Beliau juga merupakan seorang 'suicide loss survivor' atau pemandiri kehilangan bunuh diri, setelah kehilangan insan tersayang yang telah mengambil nyawanya akibat bertarung dengan gangguan kesihatan mental.

Selain Konsert Amal Voices of Hope 2021, Kempen #StandforHope ini turut melancarkan lagu tema Yayasan ZuriatCARE berjudul 'Harapan' yang dinyanyikan Puan Sarimah Ibrahim dan Damian Mikhail. 

Che Puan Sarimah Ibrahim dan Damian Mikhail
Che Puan Sarimah Ibrahim dan Damian Mikhail

Lagu ini membawa mesej yang sangat besar tentang memberikan sinar harapan kepada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan mental. 

Selaku pengasas bersama Konsert Amal Voices of Hope 2021 dan Kempen #StandforHope, Sarimah berkata, dia akan mempersembahkan lagu Harapan tersebut di dalam konsert itu nanti serta bertindak sebagai hos konsert pada malam itu dan akan bersatu demi solidariti membantu menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

"Apa yang saya lakukan ini adalah atas dasar membantu mereka yang terkesan dengan penyakit mental ini untuk mendapatkan bantuan serta berhenti daripada menyakit anak-anak dan diri mereka sendiri. 

"Harapan saya semoga usaha dan insiatif yang dilakukan ini dapat membantu mereka membuang rasa malu malu dan mengurangkan stigma untuk mendapatkan bantuan bagi menangani masalah yang mereka hadapi. Semoga konsert ini akan disaksikan ramai orang dan akan berjaya mengumpul dana untuk disalurkan kepada mereka yang berjaya dipulihkan daripada menjadi mangsa kesihatan mental," katanya. 

Konsert Amal Maya Voices of Hope 2021 yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Yayasan ZuriatCARE pada 10 Oktober 2021 jam 8.30 malam. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang