Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-Lagu Serantau Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, Shah Shamshiri berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Hello’ – Farisha Iris

Farisha Iris sebenarnya sudah lama berada di dalam industri muzik Malaysia, namun sayang sekali biarpun mempunyai separuh juta pengikut di laman media sosial dan pernah menghasilkan beberapa lagu solo, namanya masih belum setanding rakan-rakan penyanyi BBNU yang lain. Mempunyai suara yang bagus sejak awal kemunculannya melalui program realiti 'Idola Kecil' dan 'Ceria Popstar' sekitar sedekad yang lalu, gadis jelita ini terus berusaha untuk mendapatkan tempat selesa di dalam arena seni suara. Terbaharu Farisha muncul dengan sebuah lagi lagu berjudul ‘Hello’. Lagu ini berentak rancak dan menunjukkan kematangan dalam suara Farisha. Sekali imbas warna suaranya mirip penyanyi-penyanyi R&B yang lebih senior di Malaysia. Ditambah dengan melodi hebat serta lirik nakal hasil nukilan para ‘otai’ seperti Audi Mok, Shazee Ishak dan pemuzik baru Sachie Amira, ‘Hello’ nampaknya ada sinar harapan buat Farisha. Mungkin Farisha lebih sesuai menyanyikan lagu sebegini untuk menaikkan namanya dalam industri. Suatu cubaan yang positif dan moga lebih banyak karya moden akan muncul dari Farisha nanti.

‘Jiwa Pusing’- Tuju

Ada sesuatu yang ‘berhantu’ dengan suara Azree Zamree atau lebih dikenali sebagai Tuju, penyanyi rap yang bermula dengan kumpulan K-Clique dari Sabah ini. Setiap kali dia melantunkan bait-bait lirik dalam lagu-lagu yang menampilkan vokalnya, pasti ramai yang akan tertarik dan ingin mengetahui siapakah pemilik suara tersebut. Ini memberi sedikit kelebihan kepadanya setiap kali muncul dengan karya baharu. Apatah lagi dalam dunia hip hop, suara pembawa lagu rap melambangkan identiti penyanyi berkenaan. Baru sahaja menjadi artis di bawah naungan Black Hat Cat Records, Tuju tampil dengan single berjudul ‘Jiwa Pusing’. Satu mahakarya yang menarik dan diolah dengan bijak, ‘Jiwa Pusing’ mengingatkan kita kepada karya-karya hip hop hebat yang pernah dihasilkan oleh nama-nama besar seperti Malique dan Altimet yang ada gaya tersendiri. Menceritakan tentang kehidupan dan cabarannya, ‘Jiwa Pusing’ jelas satu percubaan baik dari Tuju. Tahniah buat dirinya dan rakan penerbit Mingaling!

‘Déjà vu’ – Rasyad

Seorang lagi bintang baharu cuba mewarnai industri muzik tempatan. Berbekalkan nama yang ringkas dan agak mudah diingati, Rasyad merupakan artis rakaman terbaharu di bawah naungan Sony Music. Mempertaruhkan single pertamanya berjudul ‘Déjà vu,’ Rasyad nampaknya memiliki segala kelengkapan yang perlu ada untuk bermula dalam industri hiburan. Selain suara yang merdu dan paras rupa yang tidak kurang menarik, dia boleh digilap untuk pergi lebih jauh. Sungguhpun lagu ‘Déjà vu’ sedap didengar dan menghiburkan, tapi ia kedengaran agak ‘selamat’ dan seperti kekurangan sesuatu yang ekstra. Walau bagaimanapun ia adalah percubaan bagus namun boleh diperbaiki lagi di masa hadapan. Berikan peluang kepada Rasyad dan cuba dengarkan ‘Déjà vu’ dengan minda yang terbuka.

‘Kali Pertama’ – Ebba Khan feat. Ryan Deedat

Lagu ini adalah percubaan pertama Ebba Khan selepas berjaya menjadi salah seorang peserta ‘Mentor Milenia’ tidak lama dahulu. Menampilkan rentak mid-tempo, ia merupakan ciptaan komposer tersohor Sharon Paul dengan lirik nukilan Fedtri Yahya yang juga nama-nama di sebalik lagu hit ‘Sampai Bila’ dendangan Misha Omar. Selain itu ia juga memaparkan kemunculan seorang lagi bintang baharu iaitu Ryan Deedat yang turut menyumbangkan bahagian rap di dalam lagu. Pemilihan untuk mengeluarkan lagu yang bukan berentak balada adalah satu langkah yang agak bijak dan mungkin dapat membuat Ebba menyerlah berbanding bintang-bintang Pop Melayu yang lain. Semoga percubaan Ebba ini dapat membuahkan hasil yang diharapkan.  

‘Kendati’ – Amylea

Tiada yang lebih indah daripada penulisan yang tercetus dari hati yang benar-benar patah. Bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga, Amylea sememangnya sinonim dengan lagu balada modennya yang berkisar tema sedih dan rawan. Kini selepas mengumumkan percintaannya yang terbengkalai dengan komposer berbakat Farouk Roman, Amylea meluahkan kesedihannya lewat lagu dengan cukup dramatik namun begitu mengasyikkan. Lirik dalam yang menyentuh perasaan diselang-selikan dengan alunan muzik ciptaannya sendiri seolah-olah menyempurnakan lagu ini dan menjadikan ‘Kendati’ satu mahakarya yang ada harapan besar. Ia turut menjadi salah satu lagu runut bunyi drama popular ‘Takdir Yang Tertulis’. Tidak cukup dengan semua itu, ia juga mempunyai klip video yang cantik dan juga versi kedua dengan iringan piano unplugged. Jelas sebuah balada yang berbeza daripada lagu-lagu Pop Melayu biasa dan tetap ada sedikit nuansa balada Indonesia berkat genre melodi yang sering menjadi pilihannya. Syabas Amylea!  – Getaran, 24 Februari 2021  

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Wings Jual Tiket Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'