web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Hilang’ - TOSS

Saya puji karya kumpulan yang agak baharu ini. Acuan muzik yang mereka paparkan sesuai dengan telinga pendengar muzik Melayu hari ini. Menggelarkan diri mereka TOSS yang bermaksud Tale of Six Soulmates, lagu mereka berjudul ‘Hilang’ ini menampilkan nuansa pop rock Melayu yang tidak terlalu berat namun masih menghiburkan. Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh Zali, lagu ini menjadi lebih menarik berikutan vokalis utama kumpulannya yang merupakan seorang wanita bersuara merdu (yang lebih sering kita dengar dalam lagu pop Melayu). Namun, sulaman suara gadis ini berjaya dan seolah-olah masuk dengan selesa dalam melodi lagu ini. Satu permulaan yang baik dan ada harapan cerah buat TOSS jika diberi putaran radio yang lebih kerap. Syabas.

'Bebas' - Shazriq Azeman ft. LeMahar, Afaro dan Aizi

Sebuah lagi karya terkini yang menampilkan nama-nama baharu di sebalik persembahan dan penciptaannya. 'Bebas', gubahan dan nyanyian Shazriq Azeman bersama Le Mahar, Afaro dan Aizi adalah sebuah karya hip hop R&B yang juga menjadi runut bunyi drama bersiri  Samarinda, Terlerai Noktah yang disiarkan  di TV3 bermula 26 Ogos 2021 dan juga Disney+ Hotstar. Lagunya sedikit berbeza dengan lagu-lagu R&B lain namun sulaman rap yang dipaparkan ada kekuatan tersendiri. Mungkin belum setanding karya penyanyi lebih senior dalam industri, tetapi mereka punya potensi untuk pergi lebih jauh.

'Hai Nona Manis' - Rohas Remi

Unik dan melawan arus kebiasaan. Itu yang mampu saya simpulkan tentang karya ini. Dicipta sepenuhnya oleh penyanyinya iaitu Rohas Remi, 'Hai Nona Manis' tidak sama dengan lagu-lagu yang sering kita dengar di radio. Apatah lagi ia bukan balada yang mudah disiulkan namun ia boleh membekas kerana susunan muziknya yang berbeza dan juga rentaknya yang menghiburkan. Perlahan nan santai dengan kata-kata mudah, Rohas Remi bijak menampilkan kelainan. Sungguhpun begitu, mungkin tidak semua akan menyukai eksperimentasi ini tapi saya yakin juga pasti tidak sedikit yang akan ulang dengar lagu ini. 

'Hasad' - KamarXKazie Feat KP Blavk dan Ashidy Ridwan

Sebuah lagi karya hip hop dan R&B yang wajar diberi pujian. Pada saya apa-apa karya yang menampilkan Ashidy Ridwan dari Singapura, ia pasti berkualiti kerana ini terbukti lewat projek-projek yang pernah beliau terajui. 'Hasad' lengkap dengan irama yang mantap, lirik yang bernas serta sulaman vokal yang baik. Selain susunan muzik yang membuat ia mudah diingati 'Hasad' boleh bersaing dengan lagu-lagu bergenre serupa di pasaran dunia muzik Melayu hari ini. Korusnya yang rancak pasti boleh diingati oleh semua yang mendengarnya.

'Tetap Diriku' - Aie Rahman

Karya Brunei Darussalam pilihan kami minggu ini adalah sebuah lagu balada bertajuk 'Tetap Diriku' dendangan Aie Rahman. Aie yang juga pencipta serta penulis lagu ini mempunyai suara yang bagus dan sedap didengar. Malah kebolehannya mencipta lagu ini juga harus diberi pujan kerana melodinya menyenangkan serta bersesuaian dengan nada suara Aie yang merdu. Biarpun ia sebuah balada yang mudah, susunan muziknya membuatkan lagu ini mampu bersaing dan sebaris balada-balada pop Melayu sedia ada dendangan penyanyi lelaki yang membanjiri pasaran hari ini. Malah, ia juga boleh menjadi runut bunyi untuk drama-drama Melayu yang digemari masyarakat hari ini. Semoga Aie akan terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu yang semakin hebat. - Getaran, 8 September 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN