Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Here Comes July Tiup Semangat Patriotik Dalam ‘Suara Malaysia’

Kugiran ini mahu mengingatkan orang ramai akan keindahan Malaysia dan berharap rakyat terus bersatu padu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, tahun ini merupakan sambutan hari kemerdekaan yang ke-64 buat negara kita dan kali kedua dalam era pandemik yang menyaksikan tiada acara berlangsung secara meriah di Dataran Merdeka.

Meskipun berada dalam norma baharu dek COVID-19, semangat menyambut hari bersejarah tanah air ini tetap membara di hati rakyat.

Tidak mahu ketinggalan sama-sama menyemarakkan semangat tersebut, kugiran indie, Here Comes July (HCJ) yang kian mendapat tempat dalam industri muzik kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul ‘Suara Malaysia’. 

Lagu berjiwa patriotik ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini sarat dengan mesej kecintaan terhadap negara dan alunannya juga bakal menyuntik semangat luar biasa kepada pendengar.  

“‘Suara Malaysia’ merupakan lagu berkonsepkan kenegaraan pertama kami. Pada mulanya kami teragak-agak untuk menjayakan lagu ini kerana merasakan amanahnya terlalu besar untuk dipikul.

“Namun, melihat situasi kini yang bercelaru sehingga mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan anak muda, kami rasa bertanggungjawab untuk membawakan lagu ini agar dapat memupuk rasa bangga menjadi anak Malaysia.

“Percaya atau tidak, muzik mampu meniupkan semangat jati diri dan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum,” kata Wan Lukman selaku vokalis Here Comes July.

Mas Dewangga pula mengakui bahawa proses menghasilkan lagu patriotik agak mencabar kerana melodinya perlu mesra dan mudah menangkap telinga para pendengar. 

“Aspek paling utama yang kami suka tentang ‘Suara Malaysia’ adalah melodi dan liriknya yang menyahut hati. Menyempurnakan lagi lagu ini, kami banyak menggabungkan melodi moden dengan bunyi tradisional sebagai latar.

“Bagi kami alunan muzik tradisional ada tarikan dan keindahan tersendiri yang menjadi pelengkap identiti budaya kita. Justeru itu, kami ingin menonjolkan keunikan Malaysia dalam karya ini. 

“Bagi kami, warisan tradisi dan budaya kita yang kaya dengan kesenian harus dihargai serta ditonjolkan di mata dunia. Pemilihan bait-bait liriknya pula bertujuan untuk memastikan rasa cinta kepada negara tidak luntur,” ujar Haziq Hashim selaku pemain bass. 

Sementara itu, Adam Hariz (pemain gitar) berkata, Here Comes July percaya semua rakyat Malaysia ada nilai patriotisme dalam diri. Namun, dengan adanya kebebasan media sosial, kadangkala kita terpengaruh dengan anasir buruk. 

“Kami faham Malaysia ada kekurangannya. Namun, kekurangan itulah yang menjadi titik semangat perubahan untuk kita menjadikan negara ini lebih baik. 

“Kadangkala kita lupa, Malaysia adalah segalanya untuk kita. Tanpa Malaysia, kita tak dapat menikmati keselesaan hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan peluang untuk mengejar impian kita. Inilah maksud sebenar patriotisme dalam lagu ‘Suara Malaysia.” 

Mengulas lanjut, Arfan Zainuddin yang bertindak sebagai pemain gitar Here Comes July menjelaskan karya ini bukan sahaja dihasilkan sempena sambutan kemerdekaan yang bakal menjelang, ia juga sebagai peringatan terhadap keindahan negara ini serta menjadi peniup semangat rakyat untuk terus hidup bersatu padu. 

“Cinta terhadap negara tidak harus dipaksa. Ia seharusnya datang secara semula jadi dan dengan cara ini sajalah cinta itu akan sentiasa berkekalan.

“Diharapkan generasi sekarang dapat menerima konsep lagu patriotik baharu yang kami bawakan ini dan ia jadi malar segar dan dapat bertahan sampai bila-bila,” tambah Irfan Ismail yang juga pemain dram band ini.

Single ‘Suara Malaysia’ boleh dinikmati menerusi semua pelantar penstriman muzik seperti Apple Music, Deezer, JOOX, Spotify dan lain-lain. - Getaran, 27 Ogos 2021

Semua gambar: Sony Music Entertainment Malaysia
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran