web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratusan Pelajar Kolej Diculik Penyerang Bersenjata Di Nigeria

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 7:00PM

Murid yang dilepaskan daripada diculik, berkumpul di Rumah Kerajaan di negeri Katsina pada 18 Disember, 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANO: Penyerang bersenjata telah menculik ratusan murid dan guru di sebuah hostel di Nigeria, kata sumber keselamatan kepada AFP hari ini.

Penjenayah terbabit yang memakai seragam tentera telah menyerbu Kolej Sains Kerajaan (GSC) di bandar Kagara dan melarikan pelajar serta guru ke hutan berhampiran.

Seorang daripada pelajar berkenaan maut akibat ditembak.

Kolej itu mempunyai 1,000 pelajar namun jumlah yang diculik tidak diketahui.

Kawasan barat laut dan tengah Nigeria sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, merogol dan merompak di seluruh wilayah itu.

“Seorang guru dan beberapa murid dapat melepaskan diri. Mereka mengesahkan seorang pelajar telah ditembak mati,” kata seorang pegawai yang meminta identitinya dirahsiakan kerana sensitiviti isu ini.

Usaha menyelamat kini sedang dijalankan termasuk menerusi udara.

Kejadian ini berlaku dua bulan selepas ratusan murid sekolah diculik di barat laut Katsina.

Mereka bagaimanapun dibebaskan beberapa hari kemudian selepas rundingan dilakukan antara kerajaan dengan penjenayah. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa Cedera Parah Ketika Selamatkan Anak Daripada Penculik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Antara 4 Dituduh Culik Wartawan Bangladesh

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar