web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand: Penunjuk Perasaan Antikerajaan Kembali Adakan Protes

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:38AM

Seorang lelaki membantu rakannya membasuh muka selepas polis anti rusuhan menggunakan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan kembali mengadakan protes di Bangkok pada Sabtu, mengulangi tuntutan agar Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berundur kerana mendakwa beliau gagal menangani wabak COVID-19.

Ribuan penunjuk perasaan turut bertembung dengan anggota polis ketika mereka berhimpun di persimpangan Din Daeng.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah selepas penunjuk perasaan tidak mengendahkan amaran supaya bersurai. Penunjuk perasaan turut melemparkan botol air, batu dan mercun ke arah pihak berkuasa.

Seorang saksi memberitahu Bernama beberapa penunjuk perasaan cedera, seorang daripada mereka cedera di bahagian kaki akibat terkena tabung gas pemedih mata. Sebuah trak polis turut dibakar oleh  penunjuk perasaan di Monumen Kemenangan.

Sejak pertengahan Julai tahun lalu, kumpulan antikerajaan telah melakukan demonstrasi di Bangkok dan beberapa bandar raya lain, mengulangi tuntutan pembaharuan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi monarki.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatat 21,838 kes baharu COVID-19 dan 212 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 736,522 dan korban seramai 6,066. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad