web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bushra, Gembira Hasrat Tunaikan Haji Tanpa Mahram Dapat Direalisasikan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 5:43PM

Bushra Ali Shah, 35, mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya sebelum berlepas mengerjakan Haji, buat kali pertama tanpa perlu ditemani mahram. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Bushra Shah, wanita berusia 35 tahun dari Pakistan, dapat merealisasikan impian kanak-kanaknya dengan menunaikan haji, di bawah peraturan baru di mana wanita boleh menunaikan ibadah tersebut tanpa ditemani mahram.

Kementerian Haji Arab Saudi baru-baru ini secara rasmi membenarkan wanita, pada semua peringkat usia melakukan ibadah haji tanpa mahram, dengan syarat mereka melakukannya di dalam satu kumpulan.

Keputusan itu merupakan sebahagian daripada pembaharuan sosial yang dilaksanakan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman dan sejak dilantik sebagai Putera Mahkota, wanita dibenarkan memandu serta keluar negara tanpa penjaga lelaki.

``Ia umpama mimpi jadi kenyataan. Impian kanak-kanak saya adalah untuk menunaikan haji,'' kata Bushra kepada AFP, sebelum berangkat dari rumahnya di Jeddah, iaitu bandar pelabuhan utama di barat Arab Saudi.

Haji, merupakan salah satu daripada rukun Islam, dan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagi golongan ibu muda pula, mengerjakan haji bersama suami serta anak akan menjadi gangguan sekali gus menghalang wanita daripada memfokus sepenuhnya kepada ibadah berkenaan.

Bushra merupakan salah seorang daripada 60,000 jemaah yang dipilih untuk mengerjakan haji tahun ini, yang dikurangkan jumlah untuk tahun kedua, disebabkan pandemik COVID.

Hanya warga negara dan penduduk di Arab Saudi, dipilih untuk mengerjakan haji. Pihak berkuasa memaklumkan 40 peratus daripada jemaah tahun ini adalah wanita.

``Kebanyakan wanita akan datang bersama saya. Saya berasa bangga kerana kami kini berdikari dan tidak memerlukan mahram,'' kata Bushra.

Suaminya, Ali Murtada, berkata dia sangat-sangat menggalakkan isterinya mengerjakan haji sendirian, selepas kerajaan melarang kanak-kanak daripada melakukan ibadah berkenaan tahun ini.

Dia akan berada di Jeddah untuk menjaga anak mereka.

``Kami memutuskan salah seorang perlu pergi. Mungkin dia akan mengandung tahun depan atau mungkin kanak-kanak tidak dibenarkan terlibat sama,'' kata Ali yang berusia 38 tahun.

Tidak jelas bila Kementerian Haji menggugurkan peraturan itu namun ada sesetengah wanita yang melaporkan bahawa agensi pelancongan masih keberatan untuk menerima wanita menunaikan haji tanpa mahram.

Malah ada yang memuatnaik iklan menolak kumpulan wanita tanpa peneman dan ia menunjukkan bagaimana perubahan sosial masih berdepan tentangan di negara konservatif itu.

Pihak berkuasa sebelum ini mengenakan syarat kehadiran mahram bagi mana-mana wanita yang berusia kurang 45 tahun, menyebabkan ramai wanita Islam di seluruh dunia tidak dapat mengerjakan haji.

Ini yang berlaku kepada Marwa Shaker, wanita dari Mesir yang menetap di Riyadh.

"Haji tanpa mahram merupakan satu keajaiban,'' kata wanita berusia 42 tahun yang bekerja dengan organisasi kemasyarakatan awam.

Kini, dia ke Makkah bersama tiga rakan perempuannya. Ibu kepada tiga anak ini sudah beberapa kali cuba memohon untuk mengerjakan haji sebelum pandemik, namun gagal disebabkan suaminya sudah melakukan haji dan tidak dibenarkan ke sana lagi dalam masa singkat.

``Saya rasa sangat gembira. Allah menjemput saya di sebalik kesukaran,'' katanya.

Bagi doktor Pakistan-Britain, Sadaf Ghafoor, mengerjakan haji tanpa mahram merupakan satu-satunya pilihan.

``Kami tidak boleh meninggalkan anak-anak sendirian,'' katanya yang berusia 40 tahun dan mempunyai tiga anak kecil.

Suaminya memutuskan untuk tinggal di rumah dan Sadaf ke Makkah bersama jirannya.

``Ia bukan keputusan yang mudah untuk ke sana sendirian, tapi kami menjadikan peluang ini sebagai rahmat,'' katanya. - AFP

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad