web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Minta Mahkamah Tangguhkan Larangan Ke Atas TikTok

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 10:01AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Joe Biden telah meminta Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menghentikan prosiding bertujuan menyekat aplikasi video milik China, TikTok, bagi membolehkan kajian semula terhadap ancaman keselamatan dijalankan.

Buat masa ini, Biden tidak akan mendesak pengharaman aplikasi mudah alih itu dilaksanakan, seperti yang dicadangkan oleh mantan Presiden, Donald Trump.

Dalam pemfailan di mahkamah, pentadbiran Biden menyatakan Jabatan Perdagangan telah memulakan penilaian terhadap sebab-sebab yang digunakan untuk mengharamkan TikTok dengan alasan memberikan ancaman kepada keselamatan negara.

Setelah kajian baru dijalankan, pihak pentadbiran akan berada pada posisi yang lebih baik untuk menentukan dakwaan mengenai Tiktok itu.

Bekas Presiden AS, Donald Trump sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif mengarahkan Jabatan Perdagangan menyekat beberapa urus niaga AS dengan beberapa aplikasi termasuk WeChat dan TikTok.

Aplikasi TikTok adalah popular di AS dengan anggaran 100 juta pengguna. TikTok sebelum ini berulang kali menafikan ia terlibat memindahkan data pengguna kepada kerajaan China, sebaliknya data maklumat itu disimpan dalam pelayan di AS dan Singapura.- AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad