web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Lancar Serangan Udara di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 12:05AM

Letupan menerangi langit di Kota Gaza ketika Israel melancarkan serangan udara pada 16 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Tentera Udara Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi selepas pejuang kebebasan di wilayah itu menghantar belon berapi ke selatan Israel, kata sumber keselamatan dan seorang saksi.

Mengikut sumber Palestin, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di bandar Khan Younes di timur Gaza.

Seorang wartawan foto AFP di Khan Younes menyaksikan letupan itu.

Pasukan Pertahanan Israel berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap ‘belon berapi’ dan jet pejuang tentera rejim itu menyerang markas tentera milik Hamas.

Ia juga menambah yang kemudahan dan lokasi pertemuan kumpulan pejuang kebebasan itu di Khan Younes turut disasarkan.

Serangan itu adalah yang pertama terhadap Gaza sejak kerajaan gabungan baharu mengambil alih pemerintahan pada Ahad selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu digulingkan.

Bomba tempatan berkata belon berapi telah menyebabkan 20 kebakaran di selatan Israel.

Belon-belon tersebut dihantar selepas kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Naftali Bennett memberi lampu hijau kepada nasionalis Yahudi untuk berarak melalui Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Hamas telah memberi amaran yang ia akan bertindak jika perarakan yang meraikan ulang tahun ‘penyatuan’ Baitulmaqdis selepas Israel berjaya menakluki kawasan timur wilayah itu daripada Jordan pada 1967 diteruskan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar